Deko & Hias

#ProjekMimpi: Cara Nak Hias Rumah Sempit Supaya Nampak Luas & Mahal, Senang Je!

12
SHARES
dekorasi rumah

Seringkali kita melihat perkongsian video di laman media sosial seperti Tiktok, memaparkan dekorasi rumah orang ramai yang cantik dan rapi. Tambah pula, ada perkongsian viral yang memaparkan dekorasi rumah yang kecil kelihatan seperti rumah banglo! Kata orang bergurau, ‘luar macam setinggan, dalam macam kondo’!

Ada teknik mudah yang anda perlu ikut untuk menampakkan ruang atau bilik dalam rumah kelihatan luas. Tak perlu berhabisan beribu-ribu ringgit, berikut merupakan 5 cara anda boleh cuba.

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

CARA DEKORASI RUMAH SEMPIT SUPAYA NAMPAK LEBIH LUAS DAN LAPANG!

dekorasi rumah

1.Buang barang-barang yang tidak diperlukan

Apa lagi kalau bukan barang-barang yang tidak diperlukan ini sebenarnya membuatkan ruang kecil terasa lebih sempit walaupun sebesar mana ruang yang ada. Cari cara untuk menghilangkan koleksi, disusun di belakang pintu, letak skirt meja atau susun di atas rak. Dengan tersusun rapi dan tidak kelihatan, ruang yang dipandang akan terasa teratur dan terbuka.

2.Memilih warna lembut, cerah

Sudah pasti ramai dalam kalangan anda mengetahui bahawa salah satu tips untuk menjadikan ruang rumah lebih luas adalah pemilihan warna dekorasi. Walaupun warna gelap dan hangat menjadikan ruang berasa selesa dan intim, warna terang dan sejuk ini pula menjadikan ruang terasa terbuka dan lapang. Untuk kesan optimum, pilih ton lembut biru dan hijau serta warna-warna neutral.

3.Biarkan cahaya masuk

Mana-mana bilik akan kelihatan lebih besar jika diterangi dengan cahaya baik, sama ada dengan cahaya semula jadi atau pencahayaan buatan iaitu lampu. Apa yang anda boleh buat adalah, buang langsir tebal, dan buka tingkap untuk membiarkan cahaya luar masuk ke dalam ruang. Tambahkan lebih banyak lampu atau pasang lampu trek atau lampu di setiap sudut.

4.Tambah permukaan reflektif

Permukaan reflektif adalah dengan menggunakan cermin berbingkai besar di dinding, atau cermin berdiri berbingkai saiz besar di dinding. Anda akan mendapat kesan bilik atau ruang rumah yang luas sama seperti dinding bercermin, tetapi dengan lebih bergaya. Ruang dalam rumah dan cahaya akan dipantulkan, menghasilkan suasana yang lebih terbuka. Boleh juga letak atas meja kopi atau meja sisi dengan sekeping cermin plat serong, atau beli laci bercermin untuk kesan yang serupa.

5.Alihkan perabot dari laluan berjalan

Dengan mengalihkan perabot keluar dan dari laluan pejalan kaki, anda akan membuka ruang dan menjadikannya lebih besar. Bahkan, anda juga boleh memilih perabot pendek seperti ottoman, kerusi terbuka tanpa lengan, atau meja rendah. Biarkan laluan yang sering digunakan setiap hari terbuka dan jangan letakkan sebarang perabot.

dekorasi rumah

*Mana tahu ada yang sudah mula membuat dekorasi untuk sambutan Hari Raya tahun depan? Boleh cuba cara di atas!

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

Sumber: TheSpruce.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×