Deko & Hias

7 Barangan Wajib Ada Untuk Dekorasi Rumah Ala Drama Korea, Baru ‘Feeling’ Tengok K-Drama!

9
SHARES
dekorasi rumah ala KDrama

Berikutan drama Korea (K-Drama) semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, maka tidak hairan jika reka bentuk dalaman rumah orang Korea seperti yang ditonton juga berjaya menarik minat anda. Oleh itu, untuk merealisasikan ia sebagai realiti mari lihat senarai barang perlu ada untuk dekorasi rumah ala KDrama.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

DEKORASI RUMAH ALA KDRAMA

dekorasi rumah ala KDrama

Gambar: @kuuuuuu_n

1. Lampu kristal ajaib

Lampu kristal ajaib atau magical crystal lamp seperti ini boleh memberikan sentuhan suasana industri, terutamanya apabila diletakkan di atas katil. Jenis lampu ini juga memberikan kesan minimalis dan boleh membuat bilik mendapat pencahayaan dengan anggaran rendah.

Gunakan lampu ini sebagai lampu tidur. Hal ini kerana, daripada berfungsi sebagai pencahayaan untuk seluruh ruangan, ia lebih berkesan sebagai mood lights kerana pencahayaan yang lembut dan tidur lebih lena daripada biasa.

2. Item yang retro

Barang-barang retro seperti radio dengan antena dan cakera hitam menjadi barang hiasan rumah yang sempurna untuk anda yang ingin menerapkan rumah ala drama Korea.

Paparan retro seperti ini akan memberikan rumah rasa vintaj tahun 1960-an. Berkat kemunculan trend newtro (new dan retro), amatlah mudah untuk mendapatkan barangan antik seperti ini kerana banyak kedai online menjualnya dengan harga yang berbeza-beza.

Baca juga: 6 Idea Hias Bilik Tidur Anak Dengan Elemen Haiwan, Baru Ada ‘Vibe’ Safari!

3. Tumbuhan dalam rumah

dekorasi rumah ala KDrama

Gambar: @hei.__.b

Meletakkan tumbuhan di dalam rumah boleh membantu anda berhubung dengan alam semula jadi tanpa perlu keluar. Ia bukan sahaja memastikan udara sentiasa segar, tetapi juga menjadikan rumah anda menjadi ruang santai dengan rupa Korea yang ringkas.

Tiada had berapa banyak tumbuhan boleh diletakkan di dalam rumah. Juga, cari tumbuhan yang tidak memerlukan banyak penjagaan dan mudah dijaga.

4. Meja lantai

Pada zaman dahulu, masyarakat Korea mengamalkan duduk di atas lantai dan menggunakan meja setinggi lutut untuk aktiviti harian seperti makan dan belajar.

Sehingga kini, meja lantai masih digunakan kerana ia sangat berguna untuk orang yang tinggal di ruangan minimalis. Selain itu, penggunaan meja lantai juga akan membuatkan bilik anda kelihatan lebih selesa.

5. Cermin berbentuk unik

Cermin dalam bentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulatan dan bujur mungkin menjadi trend. Bagi memberikan suasana eksentrik pada rumah, anda boleh menggantikan cermin biasa di rumah dengan yang unik seperti ini.

Cermin unik ini boleh dibeli di kedai perabot rumah atau custom. Apabila menggunakan sistem custom, terdapat banyak pilihan bentuk yang boleh dipilih seperti gelombang atau segi lima.

Baca juga: Begini Cara Lipat Bungkusan Plastik, Tak Adalah Penuh Membukit & Serabut Mata Tengok!

6. Dekorasi khemah dalam rumah

Gambar: @ssu_loving

Terdapat sesetengah orang Korea menggunakan kreativiti mereka dengan menghiasi ruang rumah sebagai tempat perkhemahan sambil menonton filem.

Bagi mewujudkan ruang perkhemahan di dalam rumah, anda memerlukan beberapa perabot seperti khemah, kerusi perkhemahan, meja lipat, string lights dan dinding kosong untuk kawasan tayangan video.

Penggunaan string lights bantu menciptakan ilusi kilauan cahaya bintang dan unggun api, barulah berkemah pada malam hari begitu terasa.

7. Lampu origami

Lampu origami termasuk hiasan dalaman yang anti-mainstream yang akan memberikan keunikan tambahan kepada bilik di rumah anda. Lampu origami seperti ini biasanya berbentuk kon dan boleh didapati dalam pelbagai warna solid.

Di Korea, lampu origami dalam warna neutral seperti kuning air atau krim sangat popular untuk menghiasi bilik. Berkat saiznya yang kecil dan memberikan kesan desa, lampu jenis ini juga sangat popular di kalangan orang Korea.

Baca juga: Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

Sumber: Pop Mama

FT Image: @junylub

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×