Deko & Hias

Begini Cara Lipat Bungkusan Plastik, Tak Adalah Penuh Membukit & Serabut Mata Tengok!

10
SHARES
cara lipat plastik

Bukan hanya kaki shopping, tetapi sesiapa sahaja yang keluar membeli-belah pastinya akan menyimpan bungkusan plastik barangan yang dibeli. Secara tidak lansung, lambakan plastik memenuhi ruang khas yang disediakan untuk menyimpannya. Apa kata lepas ini anda ikut cara lipat plastik seperti di bawah ini agar kelihatan lebih kemas.

Tidaklah sakit mata memandang, betul tak? Kalau nak tahu saiz plastik tersebut besar atau kecil selepas dilipat, boleh lihat pada hasilnya nanti kerana saiznya masih sama. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!

CARA LIPAT PLASTIK

cara lipat plastik

Cara-cara dekat gambar ya. Macam mana nak tahu plastik besar kecil? Pada saiz segi tiga yang dah siap lipat nanti. Kalau kecil, kecil la dia. Kalau besar, besar lah dia. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Abylla Amjah

cara lipat plastik

1. Ambil plastik dan lipat dua seperti di gambar.

2. Kemudian, dah nampak kecil begitu lipat dua lagi.

cara lipat plastik

3. Setelah itu, lipat segi tiga dari bawah dan ulang bentuk segi tiga tersebut sampai hujung pemegang plastik.

4. Seperti bulatan pink yang ada di gambar atas, selit pemegang plastik dan selitkan pada celahan lipatan.

Okay, dah siap! Senang bukan? Boleh simpan plastik-plastik tersebut dalam bakul atau tempat yang bersesuaian. Jadi, lepas ini tiada lagi plastik yang bersepah di rumah dan pemandangan mata pun jadi lebih enak.

cara lipat plastik

Baca juga: Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!

Sumber: Viral Muafakat Johor

FT Image: Abylla Amjah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×