Siapa sangka terdapat sesetengah bateri yang biasa digunakan pada alat kawalan jauh penggera kereta, sebenarnya mempunyai tarikh luput. Apabila diperhatikan dengan betul, anda akan dapati terdapat tarikh luput bateri yang tertera pada bungkusannya.
Perkara ini telah disedari oleh seorang pemuda bernama Al Amru Ramli, lantas berkongsikan pengalaman dan info yang baru diketahuinya itu pada umum. Malah, penulis juga percaya kemungkinan masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak tahu mengenai tarikh luput bateri.
Baca juga: Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!
TARIKH LUPUT BATERI
Bateri expired
Dua hari lepas alarm button remote kereta tak berfungsi, suspek bateri…beli bateri baru brand Energizer RM8.90 di **mart. Pasang dekat remote, tak berfungsi juga…dah fikir remote rosak kot.
Pagi ini tergerak hati nak tengok packaging bateri ada simpan dalam dashboard kereta.
Ada tulis:
- PD 0620 – Production Date
- ED 0623 – Expired Date
Bateri ini dah expired rupanya, cuba bateri lain remote okey dan berfungsi. Nasib baik tak beli remote baru.
Baca juga: Selain Spanar, 10 Alat Repair Rumah Ini Wajib Ada, Bila Terdesak Boleh Guna!
Mujur ada simpan resit, tukar bateri lain dekat **mart. Cek dekat rak bateri saiz yang sama semua bateri expired. Cashier refund duit.
Kesianlah kalau ada customer terbeli bateri expired ini. Makan modal sebab bukan barang yang rosak, tapi sebab bateri yang dah kong.
Peringatan:
Sebelum beli bateri, cek dulu EXPIRED DATE
Update:
Bateri jenis (Long lasting/Heavy duty) boleh bertahan 10-20 tahun.
Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!
REAKSI NETIZEN
Melihat di ruang komen, ada netizen menyatakan bateri masih boleh digunakan selepas melebihi tarikh luput. Hal ini kerana, tarikh luput yang tertera merupakan tarikh jaminan pengekalan cas penuh sesuatu bateri.
Erti kata lain, cas penuh atau voltage (v) pada bateri kemungkinan akan berkurangan selepas melebih tarikh luput.
Selain itu, penulis juga mendapati masih ramai orang di luar sana yang kurang cakna berkenaan tarikh luput yang tertera pada bungkusan bateri.
“Ilmu berguna ni, baru tau battery pun ada expired. Ingatkan battery kereta ja boleh kong kalau lama tak jalan. Rupanya battery biasa yang dalam packaging pun boleh kong. Terima kasih bang,” komen seorang netizen.
“Mantap bang, informasi yang bagus. Nice info…tak pernah pula terfikir pasal ini,” komen netizen lain.
Guna multimeter untuk tahu jumlah cas bateri
Sekiranya ingin mengetahui berapa banyak jumlah cas bateri yang berbaki, anda boleh memeriksanya menggunakan alatan multimeter.
Baca juga: Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini
Sumber: Al Amru Ramli via Tukang Apa Hari Ini
FT Image: Wikipedia / Al Amru Ramli