Deko & Hias

Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!

16
SHARES
petua mengawet kayu

Bukan semua mampu menggunakan kayu yang berkualiti tinggi seperti meranti atau cengal untuk melakukan projek-projek DIY. Sebenarnya anda boleh saja menggunakan gred kayu yang lebih rendah dan murah seperti kayu ubah (jambu liar), tetapi perlulah menerapkan petua mengawet kayu ini supaya ia bertahan lama daripada kerosakan cuaca dan kulat.

Petua mengawet kayu ini dikongsikan oleh saudara Atama Aaeman. Di mana, ilmu tersebut telah diajar oleh bapanya sendiri yang merupakan seorang tukang rumah dan tukang kayu, selain terlibat dengan industri kayu balak selama berpuluh tahun lamanya.

Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!

PETUA MENGAWET KAYU

petua mengawet kayu

Gambar: Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam bahar – Atama Aaeman

Salam sehobi rakan-rakan tukang sekalian.

Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama-kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.

Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.

Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

Bahan-bahan:

petua mengawet kayu

Gambar: Atama Aaeman

  • 1 liter diesel
  • Sebungkus ubat gegat (seperti dalam gambar)
  • Topeng pernafasan

Cara penyediaan:

  1. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
  2. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel.
  3. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering.
  4. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu.
  5. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan, jangan jemur terus di bawah matahari.

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

KAYU TAHAN LAMA TANPA KEROSAKAN CUACA, KULAT & SERANGGA

petua mengawet kayu

Gambar: Atama Aaeman

Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat.

Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.

Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah, kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat. 

Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.

Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!

Info tambahan:

Menurut Atama di ruangan komennya, teknik ini digunakan untuk mengawet jenis kayu yang mudah reput dan rosak iaitu gred rendah, bukan seperti kayu cengal yang tinggi kualitinya.

“Cengal tak payah awet pun tak apa. Teknik ini memang untuk awet kayu yang mudah reput dan rosak. Contoh jenis kayu yang saya guna buat rak pasu itu ialah kayu yang kami panggil kayu “ubah”. Ia sama gred ketahanan dengan ramin dan jati belanda serta kayu kapur bunga.

“Kayu-kayu ini adalah jenis kayu yang murah berbanding meranti apatah lagi cengal. Kayu gred ini boleh bertahan dalam 10 – 15 tahun di persekitaran lembap, panas dan berserangga, macam di kawasan rumah saya di tepi pantai itu.

“Kalau proses awet kayu dibuat dengan betul. Kayu pallet bata yang saya order masa buat rumah dulu dah reput berbanding kayu-kayan yang saya awet itu masih elok seperti dalam gambar,” komennya.

Baca juga:  Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

Sumber: Atama Aaeman via Tukang Apa Hari Ini

FT Image: Atama Aaeman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×