Sihat

Cara Keluarkan Selumbar Dari Jari Dengan Cepat, Selagi Tak Keluar Selagi Itulah Murung!

37
SHARES

“Aduh sakitnya! Macam mana cara keluarkan selumbar ni?”

Memang pedih, tersiksa dan murung sepanjang hari apabila secara tiba-tiba selumbar termasuk ke bahagian kulit jari. Selumbar merupakan serpihan kayu dan seringkali tercucuk masuk dalam lapisan kulit jari kerana anda menggunakan meja atau pensil kayu. Dahlah halus, memang susah nak keluarkan serpihan selumbar sampai ada tahap perlu ke klinik.

Oleh itu, pakar kongsikan cara keluarkan selumbar dari jari dengan betul supaya tak terlebih luka. Tapi pastikan kesabaran anda tinggi ya!

CARA KELUARKAN SELUMBAR DARI JARI

cara keluarkan selumbar

Anda mesti pernah tercucuk selumbar bukan? Lagi-lagi jika baru lepas mengangkat peralatan yang berasaskan kayu. Jom ketahui langkah-langkah yang perlu dibuat jika anggota badan anda tercucuk selumbar!

LANGKAH 1

Perlahan-lahan bersihkan tempat sekeliling selumbar dengan sabun dan air suam!

LANGKAH 2

Pegang penyepit di bahagian pangkal untuk mendapat cengkaman yang kuat. Kepit selumbar yang berada dekat dengan permukaan kulit dengan penyepit.

LANGKAH 3

Tarik selumbar dalam menegak mengikut arah selumbar masuk. Berhati-hati agar selumbar tidak patah.

LANGKAH 4

Perlahan-lahan picit luka bagi mengeluarkan sedikit darah. Ini akan membuang kotoron yang ada dalam luka. Bersih dan lap kering luka. Balut luka dengan pembebat.

cara keluarkan selumbar

Namun, jika ada serpihan selumbar yang terperangkap dan tidak dapat dikeluarkan kerana ia berada di kawasan yang agak susah untuk dibuang contohnya di belakang kuku anda, serahkan kepada yang lebih profesional.

Jika ia masih tidak dapat dikeluarkan terlalu lama dan mula menjadi merah, bengkak atau menyakitkan, anda boleh terus berjumpa doktor dengan segera kerana takut ia telah dijangkiti.

Selumbar perlu dikeluarkan dengan betul untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Sumber: Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×