Kini Trending

“Bau Hancing Ingatkan Air Kencing Kucing Atau Ada Jin Dekat Tingkap..”- Rupanya Jiran Simbah…

11
SHARES

Adab hidup berjiran dalam kawasan perumahan merupakan antara perkara yang dituntut dalam agama Islam. Tak salah berbaik sesama jiran kerana jika ada apa-apa kecemasan, merekalah orang yang paling terdekat yang dapat memberi pertolongan. Namun, ada juga kisah yang memaparkan kisah-kisah mengenai salah faham antara jiran yang mengundang padah!

Baca juga: Kucing Jiran Berak Merata, Pemilik Kucing Boleh Didenda RM 1000

“ADA PERCIKAN AIR HANCING DEKAT TINGKAP RUMAH, ADA JIN KE?”

Baru-baru ini viral di laman Tiktok atas perkongsian akaun milik @snow_queenz_ apabila dia berkongsikan kisah ‘misteri’ yang dialami olehnya.

Berdasarkan perkongsian, apa yang dihadapi setiap hari adalah tingkap rumahnya sering mempunyai seakan-akan percikan air yang dikhuatiri tidak tahu puncanya. Risau mungkin mempunyai unsur-unsur mistik, dia juga menggunakan cara rawatan tradisional Islam dengan menggunakan garam dan bacaan ayat-ayat suci.

Pelik juga kalau air kencing kucing, tidak mungkin ‘dipancut’ setinggi itu kan?

Bukan itu sahaja, kejadian ini menjadi semakin teruk apabila dinding dan tingkap rumahnya berkulat dan mula mengeluarkan bau-bau hancing. Tertanya-tanya apakah yang menjadi punca ini, dia lantas meletakkan kamera tersembunyi untuk merungkai misteri tersebut.

RUPA-RUPANYA, SUNGGUH TAK KU DUGA…

Sangat mengejutkan adalah, berdasarkan rakaman video yang dipasang secara rahsia mendapati bahawa ia tindakan jiran yang sangat memalukan!

Dalam rakaman tersebut dilihat jirannya mencurahkan air yang dipercayai merupakan air kencing ke arah rumahnya. Apa yang menambah amarah dalam diri adalah perbuatan tersebut sudah dilakukan berkali-kali.

@snow_queenz_

Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang menyuruh tuan badan untuk melaporkan perbuatan tersebut ke pihak polis kerana ini telah mengganggu ketenteraman jiran tanpa tahu sebarang punca.

*Berdasarkan laporan terbaharu, tuan rumah juga berkongsikan bahawa pelaku sudahpun dibawa polis untuk siasatan.

Sumber: Tiktok @kotangkeshong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×