Sihat

Sakit Pula Bila Kencing, AWAS Anda Mungkin Alami Jangkitan Saluran Kencing Atau UTI!

22
SHARES
punca kencing kotor

Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang risau apabila sering dengar pelbagai jenis penyakit berkaitan kesihatan dalaman wanita. Salah satunya adalah jangkitan saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI) yang jadi punca kencing kotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa anda sebenarnya tengah mengalami simptom-simptom yang berkaitan tetapi hanya biarkan begitu sahaja, beranggapan bahawa ia tidak serius. Jadi, apa itu jangkitan UTI dan bagaimana ia boleh berlaku? Menurut pakar, jangkitan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan wanita malah lelaki juga tak terlepas!

PUNCA KENCING KOTOR , APA ITU UTI?

punca kencing kotor

Jangkitan saluran kencing (urinary tract infection – UTI) atau dikenali juga dengan nama penyakit air kencing kotor merupakan sejenis jangkitan yang boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan pada kawasan alat sulit. Hal ini kerana jangkitan bakteria berlaku dan boleh mengancam buah pinggang juga.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan laporan dari Hello Doktor, setiap tahun hampir 60% wanita dan 12% lelaki berisiko untuk menghidap UTI sekali seumur hidup.

UTI boleh berlaku di mana-mana sahaja bahagian yang berkait saluran air kencing iaitu ginjal, ureter, pundi kencing dan urethrakencing.Jangkitan yang berlaku pada pundi kencing dikenali sebagai Cystitis. Lazimnya berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Ini kerana urethra wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki.

Jangkitan pada urethra pula dikenali sebagai Urethritis. Ia boleh berlaku kepada kedua-dua wanita dan lelaki.

Jangkitan yang lebih serius adalah jangkitan pada buah pinggang yang juga dikenali sebagai Pyelonephritis. Ia merupakan keradangan pada buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria atau sebab-sebab lain yang tidak menyebabkan jangkitan.

SIMPTOM ANDA ALAMI KENCING KOTOR

punca kencing kotor

Berikut merupakan antara simptom yang anda boleh ‘alert’ jika alami UTI:

-Sakit atau pedih ketika kencing

-Rasa asyik nak kencing tetapi bila membuang air kecil kuantiti sedikit sahaja.

-Rasa penuh dan tekanan pada bahagian bawah abdomen.

-Air kencing berbau busuk, nampak keruh

-Kencing berdarah

-Untuk wanita yang lebih berumur, anda akan kerap rasa letih dan lemah.

-Demam, ini bermakna jangkitan kuman dah sampai ke bahagian bawah pinggang.

MACAM MANA NAK ELAK BERLAKU KENCING KOTOR

punca kencing kotor

Risau jika anda mengalami UTI? Berikut antara langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan:

1.Pergi membuang air kecil apabila perlu. Jangan tahan kencing lebih dari 3-4 jam kerana lebih lama air kencing ada dalam pundi kencing lebih banyak bakteria yang hadir.

2.Cuba untuk kencing dahulu sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

3.Bersihkan kawasan vagina dengan betul.

4.Pastikan anda minum air dengan cukup, cadangan adalah 6-8 gelas air sehari.

5.Elak menggunakan pencuci bahagian sulit wanita.

6. Pakai pakaian dalam yang diperbuat dari material cotton. Kalau bersenam, pastikan anda tukar baju yang dah berpeluh tersebut cepat-cepat.

7. Mandi dalam tempoh 30 minit

8. Minum jus cranberry juga dikatakan salah satu cara semula jadi untuk mencegah jangkitan saluran kencing malah ia juga membantu dalam menyembuhkan jangkitan tersebut. Pengambilan 2 gelas jus Cranberry setiap hari sudah mencukupi untuk mencegah dan mempercepatkan pemulihan sekiranya jangkitan berlaku.

*Jangan lupa check warna air kencing ya!

Sumber: US Department of Women Health, MyHealth, Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×