Cantik

Cara Buang Bulu Miss V Guna ‘Waxing Strip’ Dengan Senang & Tak Berair Mata Tahan Sakit

1
SHARES
waxing miss v

Terdapat pelbagai cara terutama sekali bagi golongan wanita untuk membersihkan bulu di kawasan sulit Miss V, antaranya adalah, krim, pencukur dan ‘waxing strip’. Mungkin cara waxing Miss V yang lain tidak begitu menyakitkan namun tidak jika anda menggunakan ‘waxing strip’.

Teknik ini merupakan teknik yang digeruni ramai kerana dikatakan sangat sakit. Namun, disebabkan keberkesanan membersihkan kawasan sulit dari bulu, orang tetap menahan sakit untuk menggunakan cara ini. Jangan risau, ada caranya untuk mengurangkan kesakitan apabila membersihkan bulu bahagian Miss V menggunakan ‘waxing strip’ ini. Jom cuba!

Baca juga: 7 Benda Ini Sahaja Yang ‘Approved’ Untuk Dimasukkan Ke Dalam Vagina, Barulah Miss V Sihat!

CARA WAXING MISS V DENGAN MUDAH DAN KURANG SAKIT

waxing miss v

Foto: Healthline

Untuk yang pertama kali, kebanyakan pengguna akan mengalami sedikit kesakitan berbanding dengan kawasan lain kerana Miss V terkenal sebagai area yang sensitif. Jom cuba tips kurang sakit waxing di Miss V/ bahagian sulit.

1. Pastikan bulu tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

2. Lakukan WAXING setelah period habis. Elakkan WAXING 3 hari sebelum atau selama period sebab kulit lebih sensitif masa itu.

3. Bahagikan area Miss V menjadi bahagian-bahagian kecil dan elakkan dari buat sekaligus.

4. Buat area sebelah kanan atau kiri dahulu. Jadikan 3 bahagian: atas, tengah and bawah.

5. Selepas sapu wax, gunakan sebelah tangan untuk cekangkan kulit dan satu lagi untuk tarik strip.

6. Ini yang paling penting, jangan teragak-agak untuk tarik selaju mungkin tau, nanti kalau perlahan sangat bulu tak terkeluar dan anda akan rasa sakit sangat!

7. ‘Angle’ strip pun perlu tengok juga, 30 darjah and rapatkan strip ke kulit.

8. Lepas tarik, anda kena cepat-cepat terus tekap tempat dah kena wax tu dengan tangan. Jadi kalau terus tekap, memang kurang sikitlah rasa sakit. Sekejap saja tekap dalam 5 saat sahaja. Kalau takut, buat sikit-sikit dulu.

waxing miss v

Foto: Wawawax

*Memang menyeramkan bila menggunakan ‘wax strip’ buat kali pertama tapi kalau guna cara yang betul, mesti kurang sakit!

Baca juga: Petua Paling Mujarab Tegangkan Payudara Guna Halia Dan Susu, ‘Aset’ Kembali Mantap!

Sumber: X @wawawaXmira

FT Image: Flamingo, Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×