Sihat

Cara Elak Bayi Dijangkiti Kencing Kotor, Kena ‘Alert’!

7
SHARES

Bergelar ibu bapa sudah tentunya risau sekiranya si kecil demam tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala baik walaupun sudah ke klinik. Itulah yang dirasai oleh seorang ibu seperti perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya.

Menerusi perkongsian tersebut, si ibu meluahkan rasa syukur kerana Dr Redza berjaya membantu merawat anaknya yang berusia bawah setahun mengalami masalah kencing kotor.

Baca juga: 8 Persediaan Penting Ibu Ayah Kena Check Sebelum Anak Masuk Tahun 1

CARA ELAK BAYI DIJANGKITI KENCING KOTOR, KENA ALERT

Jelas Dr Redza, sebagai seorang doktor mestilah proaktif dalam mencari jawapan punca anak puan berkenaan demam sehingga berminggu. Beliau mengambil keputusan untuk melakukan ujian sampel air kencing bayi berkenaan dan bila tiub air kencing dimasukkan keluarlah air kencing yang keruh dan berbau busuk.

Keputusan ujian makmal siap, rupanya bayi ni dah terkena jangkitan salur kencing! Jangkitan pada salur kencing sebenarnya meliputi hanya 5% dari punca demam untuk anak yang masih kecil.

Ada satu kajian yang dibuat oleh pasukan penyelidik dari American Academy of Paediatrics, 9 dari 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya datang dari penyakit kencing kotor.

Berikut merupakan cara mak ayah wajib tahu untuk elakkan bayi terkena penyakit kencing kotor:

1. Kerap dan cepat kita tukarkan lampin anak kalau dah kencing dan berak

Dalam satu kajian, 85% jangkitan salur kencing kanak-kanak disebabkan oleh kuman nama Escherichia coli. Kuman ini boleh berpindah dari najis dan masuk ke dalam salur kencing anak kita.

2. Kalau gunakan wet tissue untuk cuci punggung anak, tolong lap dari depan ke belakang

Kalau lap dari punggung ke depan, maknanya kita sendiri tengah pindahkan kuman dari sekitar dubur ke dalam salur kencing anak. Yang terbaik, cuci terus guna air paip mengalir dan sabun bayi.

GEJALA YANG BAYI HADAPI

kencing kotor

Bayi kita boleh jadi ada gejala seperti ni:

– Bayi mengerang atau tak selesa sebab rasa sakit masa kencing

– Muntah-muntah

– Kurang menyusu dan makan

– Susut berat badan

– Demam tinggi

– Kencing berbau busuk

– Warna air kencing itu keruh

kencing kotor

Kalau tak kesan dari awal, bayi boleh jadi lemah dan ada tanda dehidrasi (kurang air) yang teruk. Jadi, pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan kesihatan anak. Moga bermanfaat.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×