Sihat

Normal Ke Ada Keputihan Walaupun Ketika Hamil? Rupanya Ini Puncanya…

2
SHARES
keputihan ketika hamil

“Alamak, ada keputihan ketika hamil ni kena buat apa?”

Seringkali kita dengar masalah keputihan ini berlaku dalam kalangan wanita. Malah, masalah keputihan ini juga menjadi kebiasaan untuk berlaku dalam kehidupan seharian wanita tambah-tambah pula ketika badan letih.

Namun, ramai dalam kalangan wanita yang beranggapan bahawa keputihan tidak akan berlaku ketika anda sedang hamil dan ternyata anda salah.

Jadi, bahaya atau tidak alami keputihan ketika sedang hamil ini? Normal atau tidak?

NORMAL KE ADA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL?

keputihan ketika hamil

Menurut kajian yang dilakukan oleh NHS UK, adalah normal bagi wanita hamil mengalami keputihan. Malah, ada juga yang mengalami keputihan lebih banyak dari sebelumnya. Kalau anda nak tahu, keputihan yang sihat selalunya kelihatan nipis, putih jernih dan tidak berbau.

Tetapi, penting juga untuk ibu hamil kenalpasti bilakah sepatutnya untuk anda risau jika mengalami keputihan yang melampau. Awas jika anda mempunyai keputihan seperti ini:

-Berbau busuk

-Warna kehijauan atau kekuningan

-Gatal dan pedih sekitar kawasan Miss V

-Sakit ketika kencing

Ini menandakan bahawa Miss V anda mengalami jangkitan kuman dan perlu mendapat rawatan segera. Paling merisaukan sekali adalah jika keputihan yang dialami turut mengeluarkan keputihan berdarah, segera dapatkan pemeriksaan pakar ya!

Menurut laporan pakar, ianya merupakan proses yang normal bagi wanita hamil dan juga bukan hamil. Sebenarnya keputihan ini dapat membantu mengelakkan sebarang kuman untuk masuk ke dalam kandungan bayi melalui vagina.

Jangan terkejut pula apabila anda hampir sampai ke akhir bulan kandungan, jumlah keputihan kelihatan lebih banyak dari biasa. Kebiasaanya, keputihan yang dialami ketika ini akan mempunyai tekstur seperti jeli warna merah jambu dan melekit. Ini yang menandakan bahawa anda perlu ‘bersiap sedia’ menunggu masa sahaja bagi melahirkan anak. Keputihan sebegini selalunya akan keluar beberapa hari sebelum anda dimasukkan ke labour room.

MACAM MANA NAK ELAK PERKARA INI?

keputihan ketika hamil

Walaupun ini merupakan perkara normal tetapi sudah pasti anda akan rasa rimas dengan kehadiran keputihan ini bukan? Mana tidaknya, asyik kerap sangat basah di bahagian seluar kemudian akan gatal-gatal! Jangan risau, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah ini.

1. Mandi dengan kerap

2. Pakai pakaian dalam dari materia jenis cotton supaya kulit mudah bernafas.

4. Elak menggunakan produk mencuci vagina melainkan anda telah mendapat nasihat dari pakar.

5. Pastikan cuci bahagian vagina dengan bersih selepas membuang air kecil.

6.Makan makanan berkhasiat dan kawal pengambilan gula yang tinggi.

*Jangan risau bila ada keputihan tu ya! Pastikan juga untuk periksa secara berkala kalau ada masalah dengan keputihan tersebut.

Sumber: NHS UK, CKBHospital

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×