CARA BUAT ANAK KEMBAR
Seronoknya tengok pasangan suami isteri yang dapat anak kembar bukan? Tetapi, rezeki ini bukan dikurniakan mudah kepada semua orang dan ada yang terpaksa berusaha bagi mendapatkannya. Buat anda yang ingin cuba bagi mendapatkan anak kembar, seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Aziah berkongsikan tips di laman Tiktoknya supaya anda yang sedang cuba mendapatkan anak, boleh cuba tips dapatkan anak kembar ini.
Baca juga: ‘Laju Betul Tulis Jawapan’- Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Anak Jadi Genius Matematik
5 TIPS NAK DAPATKAN ANAK KEMBAR
1.Sejarah keluarga mempunyai kembar
Buat anda yang belum berkahwin dan ingin mencari pasangan, inilah masanya untuk anda mencari pasangan khususnya bagi lelaki perlu mencari wanita yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kembar.
2.Etnic/Bangsa
Bukan itu sahaja, perkahwinan campur bangsa juga boleh menjadi potensi tinggi untuk anda mendapat anak kembar. Menurut doktor, antara bangsa atau etnik yang berpotensi tinggi mendapat anak kembar adalah wanita etnik Afrika.
3.Umur bawah 35 tahun
Umur juga memainkan banyak faktor dan disarankan wanita berumur 35 tahun ke bawah mempunyai potensi tinggi mendapat anak kembar.
4.IVF (In Vitro Fertilization)
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah dengar tentang proses rawatan kesuburan iaitu IVF (In Vitro Fertilization) bukan? Dalam proses ini anda bukan sahaja boleh minta dengan doktor untuk dapatkan kembar dua, malah kembar tiga atau empat pun boleh!
5.Ubat Kesuburan
Menurut pakar, ubat kesuburan jenis Clomiphine Citrate boleh diambil tetapi perlu atas saranan pakar. Ini adalah ubat kesuburan yang digunakan bagi wanita untuk hamil dan mana tahu, boleh dapat kembar!
VIDEO PENUH
@draziah_fms Replying to @naadhiraaahhhh boleh?Good luck. #AuraAcademy #KtmExpert #learnontiktok #draziahberbicara #draziahfms #livedraziah #klinikkesihatanrembia #twins #kembar #klinikdraziahmelaka
Sumber: Tiktok @draziah_fms