Cantik

5 Jenis Bau ‘Miss V’ Yang Anda Kena Tahu, Patutlah 24 Jam Rasa Gatal!

19
SHARES
miss v gatal

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah terbaca kisah seorang isteri diceraikan kerana vagina atau ‘Miss V’ berbau ikan masin? Walaupun perkara ini seringkali dipandang remeh, ternyata inilah menjadi punca kepada penceraian pasangan zaman sekarang.

Kadang-kadang kita tak sedar apabila miss v gatal, berbau seperti ikan, bawang dan sebagainya merupakan tanda bahawa bahagian sulit anda sudah dijangkiti kuman!

Agak menggelikan dan tindakan pantas harus diambil supaya miss v anda kekal di tahap normal. Jom kita tengok jenis-jenis bau vagina apa yang ada supaya anda lebih alert.

MISS V GATAL SAMPAI KELUARKAN BAU,YANG MANA SATU BAU ANDA?

miss v gatal

Menurut Dr. Jeesica Shepherd yang merupakan pakar kesihatan wanita di Dallas, Texas, potensi besar untuk vagina anda terdedah kepada jangkitan kuman adalah melalui darah ketika akhir haid. Sebenarnya ini merupakan perkara normal dan akan pulih selepas tamat kitaran haid.

Namun, ada beberapa jenis bau vagina yang anda kena pantau sekiranya masih berlaku dalam tempoh yang lama. Katanya sampai ada bau macam ikan masin?

1.BAU IKAN

Menurut Dr. Minkin, jika anda tiba-tiba terbau bahagian vagina seperti bau ikan di pasar ini menandakan vagina sudah terdedah dengan bakteria vaginosis atau BV.

Perkara ini terjadi kerana ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat dalam vagina. Bukan itu sahaja, pakar mengatakan bahawa jika vagina anda berbau ikan, tanda-tandanya adalah anda akan rasa pedih ketika kencing, gatal sekitar vagina dan keluar keputihan.

Kalau vagina berbau seperti ikan dan mengeluarkan keputihan berwarna hijau atau kekuningan, gatal dan sakit ketika melakukan hubungan seks, anda dijangkiti bakteria trichomoniasis.

2.BAU MACAM ROTI

Tiba-tiba macam ada bau roti pula dari bahagian bawah badan ni? Rupa-rupanya bau vagina seakan-akan bau yis juga menjadi tanda anda sudah ada jangkitan kulat.

Bukan itu sahaja, bahagian dalam vagina juga akan mempunyai kepingan seakan keju, berbau dan gatal. Punca berlaku keadaan ini sudah semestinya vagina yang lembap hasil dari pemakaian seluar dalam yang basah serta peluh.

3.BAU MANIS

Walaupun masih kurang kajian mengenai hal ini namun ada pendapat yang mengatakan bahawa diet seharian menjadi penyebab vagina berbau manis.

Ada juga yang menyarankan untuk anda makan buah nanas dahulu sebelum melakukan hubungan seks supaya vagina berbau manis.

Ternyata, buah-buahan citrus seperti oren, lemon dan limau gedang menjadi penyebab kenapa vagina anda berbau sebegini. Manis dan tidak perlu dirisaukan ya!

4. BAU BAWANG

Siapa di sini merupakan peminat bawang? Rupa-rupanya kalau anda makan bawang merah atau bawang putih dalam kuantiti yang banyak pun menyumbang kepada bau vagina seperti ini.

Hal ini kerana, bukan sahaja mengeluarkan bau melalui peluh badan malah makan bawang dalam kuantiti yang banyak juga boleh menyebabkan vagina kuat berbau.

5.BAU MACAM CHEESE

Jarang-jarang berlaku tetapi ada juga yang menyuarakan bahawa bahagian sulit mereka berbau seperti cheese atau keju. Lain macam bukan?

Sudah semestinya ini akibat jangkitan kuman, ada pakar juga mengatakan bahawa bau seperti keju ini adalah kerana jangkitan bakteria dari kondom.

MACAM MANA NAK ELAK BAU VAGINA?

miss v gatal

-Jaga kebersihan dengan dua kali seminggu menggunakan sabun yang lembut, tidak berbau dan air suam untuk membersihkan bahagian sulit.

-Selepas mandi, cepat-cepat lap sehingga kering dan pakai baju baharu.

-Jangan pandai-pandai sentuh bahagian yang sudah terdedah dengan bakteria menggunakan tangan yang tidak bersih. Nanti makin teruk dibuatnya kerana akan menganggu tahap PH vagina.

-Pakai pakaian dalam dan luar yang ringan dan mudah untuk pengaliran udara. Jangan pakai pakaian dalam yang ketat sehingga akan menyebabkan peluh di kawasan tersebut.

-Minum air dengan cukup. Bila badan tidak cukup kandungan air, vagina akan mengeluarkan bau busuk yang kuat.

*Kalau bau manis tu okay kan?

Sumber: Cosmopolitan, Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×