Sihat

Doktor Kongsi Petua Detoks Buang Toksin Dari Lemak, Tiba-Tiba Seluar Dah ‘Loose’!

8
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mempunyai berat badan yang berlebihan memulakan amalan pemakanan yang sihat ataupun disebut diet. Ini bagi mendapatkan bentuk dan berat badan yang ideal supaya pakai pakaian apa pun tetap cantik. Oleh itu, penting juga untuk anda amalkan pembuangan lemak atau ‘detoks’ dengan cara minum air menggunakan bahan-bahan semulajadi dan sihat. Jom try!

Baca juga: “Real Food Kot, Takkan Tak Elok Untuk Badan?”- Rupanya Jenis Makanan Ini Pembawa Angin!

DOKTOR KONGSI PETUA DETOKS, BUANG TOKSIN DARI LEMAK

Nak kongsi petua detoks. Tapi kali ni detoks untuk pecahkan lemak. Tak layah lah nak sayang sangat dengan lemak tu.

Lemak ni bahaya. Jadi tempat simpan toksin. Badan kita jadi tong sampah bergerak. Nak buang toksin dari lemak dan pecahkan anda memerlukan beberapa bahan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-1/2 biji limau kasturi

-1/2 biji lemon

-4-5 helai daun pudina

-1 biji saiz sederhana timun

-1 Sudu besar jus halia

-6 cawan air

Caranya pun mudah. Masukkan semua bahan ke dalam jug atau gelas bertutup. Masukkan air. Biarkan semalaman.

Maksudnya sebelum tidur kita sediakan bahan ni. Esok pagi bangun terus minum. Pagi lebih lawas jadinya. Nanti boleh rasa seluar atau kain dah mula loose.

Bolehlah cuba.

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×