Sihat

“Real Food Kot, Takkan Tak Elok Untuk Badan?”- Rupanya Jenis Makanan Ini Pembawa Angin!

89
SHARES

Perasan tak ada waktu yang anda rasa badan anda dipenuhi dengan rasa berangin? Nak buat aktiviti seharian pun rasa tak kena dan asyik mual sahaja. Rupa-rupanya ada jenis makanan yang sebenarnya menjadi ejen kepada pembawa angin yang anda sendiri pun tidak sedar. Alamak!

Baca juga: Awas, Ini 10 Fakta Kenapa Jangan Beri Anak Makan Mi Segera!

Makanan pembawa angin, makanan yang ada raffinose

Saya tak percaya ada makanan pembawa angin. Real food kot, takkan tak elok untuk badan kan. Sebab diri sendiri tak pernah kena, jadi nak percaya tu kurang sikit.

Tapi bila selalu sangat pesakit datang bawa khabar makan itu angin satu badan, makan ini sendawa dari pagi sampai malam, saya mula belajar sesuatu dari cerita yang mereka kongsi. Rupanya, ada satu persamaan pada semua makanan berangin. Kebanyakannya ada kandungan raffinose.

Raffinose ni gula. Gula yang tak berjaya dihadam di perut, kemudian akan dipindahkan ke usus dan bertindakbalas dengan bakteria di usus. Bila cantik keseimbangan bakteria di usus, tindakbalas antara raffinose dan bakteria akan berjalan dengan lancar.

Tapi kalau keadaan usus kurang sempurna, tindakbalas jadi kacau bilau, dan waktu inilah akan berlakunya kembung perut, angin dan sebagainya. Puncanya memang dari raffinose, tapi tengok jugak keadaan perut kita macam mana. Lagi sihat perut, lagi banyak makanan yang boleh dimakan. Gitu.

1. Kumpulan sayuran cruciferous

– Brokoli, kobis, kobis bunga, kobis ungu, kale, bak choy.

– Masak sayuran yang ini, untuk kurangkan simptom angin. Elakkan makan mentah jenis sayur cruciferous.

2. Bijirin kekacang

– Kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang dhal, semua jenis kacang lah ada raffinose ni, yang beza cuma banyak atau sikit je.

– Rendam dulu kekacang sekurangnya 8 jam, mampu kurangkan kandungan raffinose.

Korang tengok dalam gambar ok, contoh sayur dan kekacang yang ada raffinose. Bukanlah bermaksud semua makanan ni tak baik. Makanan saya kongsi ni semua real food, yang patut kita amalkan.

Cuma bila makan perut jadi berangin, kita betulkan dulu usus. Seimbangkan balik ekosistem bakteria di usus kita. Ambil makanan yang ada kandungan probiotik dan prebiotik. Kurangkan dulu makanan yang macam ni, sampailah usus dah okay balik.

Korang yang takde masalah berangin, teruskan je makan macam biasa k. Khasiat dari setiap sayur dan kekacang ni banyak sangat untuk kesihatan kita. Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×