Sihat

Awas, Ini 10 Fakta Kenapa Jangan Beri Anak Makan Mi Segera!

18
SHARES

Bila sebut sahaja mi segera, sudah pasti menjadi kegemaran orang ramai tambah pula bila sampai hujung bulan. Hal ini kerana bukan sahaja enak dan mudah dimakan, mi segera juga dijual dengan harga yang murah. Namun, di sebalik orang dewasa yang menggemari mi segera ini, terdapat juga golongan kanak-kanak yang terikut makan mi segara ini juga. Bahaya!

Berikut merupakan 10 fakta yang dikongsikan oleh pakar supaya mak ayah jangan benarkan anak-anak untuk makan mi segera!

Baca juga: Hot Dog boleh ‘Bunuh’ Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat, Awas!

10 Fakta Kenapa Jangan Beri Anak Makan Mi Segera

1. Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.

2. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong(HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan(CFS), 3 cawan mee segera mengandungi 30g lemak/setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.

3. Kajian di Universiti Harvards menunjukkan kanak- kanak yang makan 2 pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.

4. Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mee segera di kaitkan dengan peningkatan risiko depresi di kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.

5. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine), menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.

6. Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mee segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.

7. Mee segera juga disalut dengan wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur “licin” pada permukaan mee. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.

MEROSAKKAN ORGAN DALAMAN

8. Tertiary-butyl hydroquinone(TBHQ) adalah produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.

9. Propylene glycol adalah sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mee dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.

10. Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×