Inspirasi

Selangor Negeri Pertama Beri Tuala Wanita Percuma, Bantu Wanita Miskin Tegar

677
SHARES
cara pilih pad

Selangor Negeri Pertama Di Malaysia Sediakan Tuala Wanita Percuma!

Berikutan isu kemiskinan haid, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM200,000 sebagai inisiatif untuk kempen ini. Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.

Baca juga: Sah Atau Tidak Berwudhu Guna Tisu Basah (Wet Wipes)? Ini Jawapannya

SELANGOR NEGERI PERTAMA BERI TUALA WANITA PERCUMA

Antara fokus pengagihan tuala wanita ini akan tertumpu kepada wanita miskin tegar, di luar bandar dan miskin bandar. Lebih menarik, pengagihan turut akan disediakan di sekolah untuk meringkan bebanan pelajar yang tidak memiliki bekalan tuala wanita.

Buat pengetahuan umum, antara punca ketirisan pendidikan adalah disebabkan kemiskinan haid ialah selain ketiadaan wang yang mencukupi, ketiadaan bekalan yang sesuai turut menyekat pergerakan segelintir pelajar, menyebabkan tidak selesa dan bertindak untuk tidak hadir ke sekolah.

Juwairiya berkata, beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.

“Manakala, New Zealand juga memperkenal akses percuma produk pembersihan kepada 3,200 pelajar perempuan di 15 sekolah dan Perancis memperuntuk 1 juta Euro memberi tuala wanita di sekolah.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada tahun mendatang dengan peruntukan lebih besar bagi menangani kemiskinan haid di Selangor,” katanya.

Sumber: Samudera.my, SelangorKini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×