Bukan mudah untuk menanam pokok limau purut. Di mana, ada orang yang mendapat hasil hanya daun sahaja yang banyak, namun tiada buahnya. Oleh itu, mari cuba ikuti tips tanam limau purut yang dikongsikan saudara Mohd Amri ini.
Menariknya, Encik Amri hanya menanam tanaman tersebut di dalam pasu sahaja, tetapi ia berbuah lebat serta tiada serangga perosak. Kalau nak tahu bahan apa yang digunakan dalam proses penanaman pokok limau purut ini, jom baca lebih lanjut di bawah!
Baca juga: Kaedah Tanam Bawang Yang Betul, Hasilnya Hidup Lama & Daun Tumbuh Bila Tuai Banyak Kali!
TIPS TANAM LIMAU PURUT
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”. Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!
1. Daun limau purut
Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.
- Badan yang lemah atau letih – Ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.
- Badan yang berbau pula – Boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat. Gaulkan dengan sedikit madu lebah. Jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
Baca juga: Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!
2. Buah limau purut
Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.
- Bagi mengurangkan selsema atau demam – Boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya. Masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.
- Amandel (tongsil bengkak) – Boleh ambil buah limau dan diperah airnya serta dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.
- Demam campak – Boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.
- Kerap batuk – Boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.
- Bermasalah rambut berbau – Boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa.
- Kelemumur – Ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Baca juga: DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!
Kaedah penanaman:
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY.
Sediakan:
- Tanah hitam sawit + cocopeat + sekam padi bakar
- Baja TPF atau baja nleygrow (organik)
- Bio booster
- Cuka kayu dan strex
- Pasu tanaman
- Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
- Pembajaan saya menggunakan baja TPF atau boleh guna BAJA NLEYGROW (organik).
- Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
- Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannya.
“Ada manfaat, ada kebaikan, kita sebarkan”.
Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!
Sumber: Mohd Amri via Berkebun Untuk Beginner
FT Image: Mohd Amri