Deko & Hias

Kaedah Tanam Bawang Yang Betul, Hasilnya Hidup Lama & Daun Tumbuh Bila Tuai Banyak Kali!

97
SHARES
cara tanam bawang

Jangan putu asa, bila tanam pokok bawang hasilnya asyik gagal sahaja. Kalau tanaman anda itu tidak mengeluarkan akar dan daun, ikuti cara tanam bawang yang betul dari Cik Are ini.

Cik Are bukan sahaja memberikan tips gagal tanam pokok bawang, bahkan beliau juga berkongsi tips ia bertahan lama dan boleh dituai daunnya berkali-kali. Mari baca di bawah!

Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!

CARA TANAM BAWANG

cara tanam bawang

Gambar: Cik Are

Pada yang selalu gagal tanam bawang tu, boleh cuba cara ini. Lebih jimat, lebih mudah tumbuh, lebih cepat dapat hasil, pokok bawang pun tahan lebih lama.

Kaedah ini boleh guna untuk tanam bawang untuk ambil daunnya dan untuk bawangnya juga. Kalau nak tanam untuk bawangnya, jangan potong daun.

Baca juga: Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!

1. Potong bahagian kepala bawang

cara tanam bawang

Gambar: Kalau dapat bawang yang ada banyak tunas macam ini lagi banyak hasilnya nanti – Cik Are

Masa potong hujung bawang tu, potong sampai nampak tunas yang tengah-tengah itu sebab yang akan keluarkan daun ini nanti bahagian tengah itu saja. Jadi, kalau bahagian ini kena cahaya matahari, cepatlah daunnya keluar.

2. Pilih bawang yang dah bercambah

Maksudnya, bila dipotong kepalanya dekat tengah itu nampak kekuningan atau kehijauan macam nak keluar daun. Kalau dapat bawang yang macam ini lagi cepat dapat hasil.

3. Guna kotak telur sebagai medium untuk merangsang pengeluaran akar

cara tanam bawang

Gambar: Potong kepala bawang sampai nampak tunas itu dan letak atas bekas telur yang lembab (kiri). Lepas semalaman biasanya dah keluar akar macam ini (kanan). – Cik Are

Sediakan beberapa layer bekas telur, layer yang atas-atas itu bagi berlubang sikit supaya ada ruang untuk pertumbuhan akar.

Lembabkan bekas telur itu, kemudian letak bawang semalaman. Esok, kebiasaannya dah keluar akar dan dah boleh pindahkan ke tanah.

Kalau akar belum keluar, potong sedikit bahagian akar yang mati itu. Lepas itu, letak balik atas bekas telur yang lembab itu smpai keluar akar.

4. Pindah ke tanah lepas dah keluar akar

cara tanam bawang

Gambar: Pindahkan ke tanah. Kambus bahagian akarnya saja – Cik Are

Lepas dah keluar akar, bolehlah dipindahkan ke tanah. Letak atas tanah biar tutup bahagian akarnya saja. Jangan kambus sekali bawangnya.

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

Tips supaya pokok bawang tahan lebih lama dan boleh dituai daunnya berkali-kali:

cara tanam bawang

Gambar: Bahagian luar bawang besar boleh buat masak, tinggalkan sikit bahagian dalam macam ini – Cik Are

1. Kalau guna bawang besar, ambil bahagian dalamnya sedikit sahaja untuk tanam. Bahagian luar boleh guna untuk masak. Jangan membazir (boleh rujuk gambar).

Sebab, kalau kita guna sebiji-sebiji bawang besar itu, yang akan bercambah keluarkan daun atau keluar bawang baru hanya bahagian tengahnya saja, yang bahagian luar-luar itu akan membusuk.

Bila bawangnya membusuk, akarnya juga lama kelamaan akan turut membusuk dan mati.

2. Siram ikut keperluan sahaja. Kalau tanah masih lembab, tak perlu siram.

Baca juga: DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!

Kalau tanam cara yang betul tapi masih gagal tanam bawang ini biasanya ada 2 sebab:

cara tanam bawang

Gambar: Potong sikit bahagian akar yang mati itu. – Cik Are

1. Akar tak keluar

Cara atasi: Pastikan keluar akar dulu baru pindahkan ke tanah. Akar yang dah mati itu penghalang untuk pertumbuhan akar baru, jadi kalau akar tak nak keluar kena potong sikit bahagian akar tu.

2. Daun tak keluar

Cara atasi: Pastikan potong kepala bawang sampai nampak bahagian yang paling tengah.

cara tanam bawang

Gambar: Yang ini dah banyak kali petik, masih mengeluarkan hasil. – Cik Are

Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Mudah Racun Rumput Liar, Tabur Saja Garam Kasar Esoknya Dah Kering Mereput!

Sumber: Cik Are via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

FT Image: Cik Are

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×