Asuh

5 Tema Menarik Deko Bilik Tidur Si Kecil, Ruang Privasi Anak Macam Dunia Fantasi!

32
SHARES
deko bilik tidur

Jika anda mempunyai anak, anda mungkin cuba memikirkan cara untuk menjadikan ruang mereka menyeronokkan dan sesuai dengan citarasa mereka sebaik mungkin. Jadi, dalam artikel ini, penulis ingin berkongsikan beberapa tema menarik dan terbaik untuk deko bilik tidur anak anda.

Sama ada mereka suka akan kereta atau cerita dongeng, mana-mana bilik boleh bertukar menjadi ruang yang hebat dan berfungsi untuk mereka tinggal!

Baca juga: Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!

DEKO BILIK TIDUR ANAK DENGAN 5 TEMA MENARIK!

deko bilik tidur

Gambar: chandlervid85

Pada usia tertentu, anda sebagai ibu bapa mungkin sudah tahu apa yang anak-anak anda suka, aktiviti yang mereka gemari dan siapa watak kegemaran mereka. Mempunyai semua pengetahuan itu boleh membantu anda memilih tema yang sesuai untuk bilik tidur mereka.

Anda juga boleh melihat 5 tema tertentu di bawah ini untuk mendapatkan sumber ilham bagi mendekorasi bilik tidur anak-anak nanti.

Baca juga: Pakar Kongsi 11 Tips Transformasi Rumah Banyak Barang, Baru Luas & Kemas Jadinya!

1. Lautan

Tema berkaitan laut atau dunia di bawahnya amat sesuai menghiasi bilik tidur kanak-kanak. Ia juga bagus untuk bayi kerana anda boleh menambah makhluk laut seperti ikan lumba-lumba, kura-kura dan ikan berwarna-warni.

2. Hutan rimba

Sekiranya si kecil sukakan haiwan, anda boleh mengubah bilik mereka menjadi hutan rimba. Cat pokok dengan akar dan dahan pada dinding.

Tambahkan beberapa tumbuhan flora dan fauna atau mana-mana spesies lain yang mungkin ditemui di dalam hutan. Anda boleh membuatkan anak berasa seperti seorang pengembara dengan hiasan pokok di sekeliling katil atau dinding batu di hadapannya.

3. Khemah teepee

Kebanyakan kanak-kanak menyukai biliknya mempunyai khemah atau rumah kecil anak patung. Apabila semakin dewasa, mereka mungkin masih mahu menjadikannya sebagai hiasan.

Sangat mudah untuk membuat struktur di kepala katil, hanya meletakkan dua papan di kedua-dua sisi, satu di belakang, buat bumbung bingkai A, dan letakkannya di dinding. Anda juga boleh meletakkan di dalam rak atau menggantung lampu di dalamnya!

Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!

4. Dongeng dan fantasi

deko bilik tidur

Gambar: freepik

Dongeng dan fantasi

Jika anda mempunyai anak yang suka cerita dongeng atau fantasi seperti Tinkerbell, ini adalah pilihan yang bagus. Apa yang boleh dilakukan ialah menjadikan bilik mereka seperti hutan yang mempesonakan dengan pokok-pokok dicat di dinding.

Sudah tentu, anda juga memerlukan tongkat ajaib, lampu berkilauan dan bintang terang yang dicat pada siling atau pelekat bercahaya dalam gelap (glow-in-the-dark). Anda juga boleh mengisi almari dengan pakaian dongeng seperti kasut ballerina.

5. Cars

Tema filem Cars benar-benar boleh menarik minat kanak-kanak kecil seperti katil Lightning McQueen atau katil yang kelihatan seperti garaj. Warna utama dalam bilik ini ialah merah dan biru. Anda juga memerlukan beberapa bendera berkotak putih dan hitam.

Mempunyai beberapa jenis seni dinding dengan semua watak dari filem ini adalah idea yang bagus. Anda juga boleh cuba mencari cadar, langsir, kusyen dan tuala dengan watak filem tersebut. Selain itu, tambahkan mainan kereta dengan lebih banyak lagi!

Kesimpulan

Semua tema menarik bilik tidur kanak-kanak ini akan mengambil masa, jadi ambillah masa anda untuk merancangnya dengan baik. Jika mahu, anda boleh sentiasa mengemas kini tema bilik anak-anak apabila mereka semakin meningkat dewasa!

Baca juga: Selain Spanar, 10 Alat Repair Rumah Ini Wajib Ada, Bila Terdesak Boleh Guna!

Sumber: DecorTips

FT Image: vecstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×