Asuh

6 Idea Hias Bilik Tidur Anak Dengan Elemen Haiwan, Baru Ada ‘Vibe’ Safari!

40
SHARES
dekorasi bilik tidur

Salah satu idea untuk dekorasi bilik tidur anak adalah dengan menggunakan elemen haiwan. Tidak kira anak lelaki mahupun perempuan, haiwan adalah tema yang hebat dan akan memberikan ruang bilik si kecil dengan perasaan yang tulen. Ini enam idea berikut.

Baca juga: 5 Tema Menarik Deko Bilik Tidur Si Kecil, Ruang Privasi Anak Macam Dunia Fantasi!

DEKORASI BILIK TIDUR ELEMEN HAIWAN

dekorasi bilik tidur

Gambar: mrsiraphol

1. Cetakan dan seni dinding

Sekiranya bilik anak bersaiz kecil dan tidak mahu sarat dengan banyak dekorasi, anda boleh menggunakan idea minimalis ini dengan mencetak gambar yang berelemen haiwan.

Selain itu, boleh juga mencurahkan idea dengan membuat lukisan haiwan sendiri bersama anak-anak. Kemudian, boleh bingkaikan ia dan gantung di dinding bilik si kecil.

2. Kertas dinding (wallpaper)

Terdapat banyak pilihan idea untuk kertas dinding yang mempunyai corak haiwan. Kemudian, pasangkan ia memenuhi ruang dinding bilik anak atau sebahagian sahaja.

Dari segi warna pula anda boleh padankan dengan perabot, langsir atau dekorasi lain. Kelebihan menggunakan kertas dinding adalah mudah untuk ditanggalkan dan mengurangkan risiko kerosakan pada dinding bilik.

3. Anak patung

Idea lain lagi untuk mendekorasi bilik anak yang dipenuhi dengan haiwan adalah dengan membelikan anak patung seperti harimau, monyet, kucing dan sebagainya.

Letak boneka tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di atas kerusi malas atau rak. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk menggantung boneka haiwan pada dinding atau siling bilik anak.

Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!

4. Haiwan plastik 3D

dekorasi bilik tidur

Gambar: rawpixel.com

Sekiranya si kecil anda menggemari dekorasi boneka, anda juga boleh menghiasi biliknya dengan haiwan plastik yang berbentuk 3D. Ia juga datang dalam pelbagai saiz, rupa bentuk dan warna.

Haiwan plastik 3D ini boleh digamkan pada kayu hiasan yang berlawanan warna dengan permainan tersebut dan gantungkan ia pada dinding.

5. Pelekat dinding (sticker)

Pelekat dinding adalah idea yang popular pada waktu kini kerana ia versatil dan mudah dipasang. Ia juga datang dalam pelbagai saiz dan reka bentuk, selain benar-benar menonjolkan dinding bilik si kecil.

Contohnya, anda boleh melekatkan pelekat dinding tersebut pada pintu, almari, katil, cermin atau tingkap bilik anak.

6. Lukisan

Melukis di dinding dengan lukisan hutan yang dipenuhi haiwan-haiwan amatlah menarik! Contohnya, melukis haiwan-haiwan di dalam safari, serangga atau hidupan laut.

Cara paling mudah untuk mengaplikasikan idea ini adalah dengan menggunakan acuan atau stensil serta cat semburan untuk mewarnai reka bentuk.

Baca juga: Tips Deko Dapur Kecil Guna 15 Idea Ini, Cara ‘Simple’ Tapi Tetap Nampak Mewah!

Sumber: DecorTips

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×