Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan kerak cawan seperti menggunakan cuka, lemon dan baking soda. Namun, cara cuci kerak cawan yang ini cukup mudah hanya menggunakan garam laut sahaja.
Bukan itu sahaja, proses menghilangkan kerak cawan pun tidak rumit. Kurang dari 5 minit, hasil cawan akan bersih berkilau! Jom, lihat cara cuci kerak cawan di bawah.
Baca juga: Alamak! Muncul ‘Error Code’ Pada Mesin Basuh? Ini Maksud & Cara Baiki
CARA CUCI KERAK CAWAN
Tips ini boleh diaplikasikan untuk jenis cawan seramik mahupun kaca. Jadi, tak perlu buang cawan berkerak lepas ini.
Bahan-bahan:
- garam laut (sea salt)
Cara-caranya:
- Basahkan permukaan dalam cawan yang mempunyai kerak.
- Kemudian, masukkan garam laut ke dalam cawan mengikut kuantiti yang anda mahu.
- Gunakan jari-jemari anda untuk menggosok kerak tersebut sehingga hilang kesannya.
- Setelah itu, cawan tersebut boleh dibilas seperti biasa.
- Sekiranya, ada sedikit sisa kerak boleh ulang langkah 2 dan 3.
Boleh tonton video penuh di sini.
Baca juga: Dah 14 Tahun Guna, Dapur Wanita Ini ‘Maintain’ Kemas, Bersih & Masih Nampak Baru!
Sumber: Youtube Amanda Shiloh Emerson
FT Image: Amanda Shiloh Emerson