Selain memakai wangian pada tubuh badan atau memasang haruman pada bilik, warna perhiasan dan cat di dinding juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan tidur yang selesa. Selain itu, ia juga sebagai cara untuk tidur lena.
Seperti perkongsian di laman Tiktok akaun @rumah_artis terdapat tiga warna yang tidak disarankan untuk digunakan di bilik tidur. Warna-warna tersebut adalah merah, hijau dan kuning.
Baca juga: Pemilik Rumah Ini Guna Biru Lembut Sebagai Tema Hiasan Dalaman, Berjaya Pukau Mata Yang Melihat!
CARA UNTUK TIDUR LENA DAN SELESA
Kalau nak tahu kenapa tiga warna ini tidak disarankan, mari baca perinciannya di bawah.
1. Merah
Warna merah mempunyai kontras yang sangat tinggi dan memberikan vibes tenaga yang kuat. Ia sememangnya tidak sesuai untuk digunakan pada bilik tidur anda.
Selain itu, warna ini boleh memberikan isyarat kepada otak untuk aktif yang secara tidak langsung membuatkan anda berasa sukar untuk tidur.
Baca juga: Elak Patah Pinggang, Guna 4 Kaedah Ini Bersihkan Langsir ‘Blackout’ Yang Tebal & Berat!
2. Hijau
Meskipun hijau mempunyai pelbagai tona, namun ada jenis hijau yang tidak sesuai dijadikan sebagai warna bilik tidur anda.
Sekiranya masih menginginkan hijau sebagai tema warna bilik tidur, dicadangkan agar anda menggunakan tona hijau yang agak gelap sedikit supaya dapat memberikan keselesaan ketika tidur.
Baca juga: Patutlah Rumah Rasa ‘Vibe’ Spa, Rupanya Ada Cara DIY Pewangi Yang ‘Sebijik’ Baunya!
3. Kuning
Umum mengetahui, kuning memberikan mood tenaga yang tinggi dan seharusnya anda kena elak daripada menggunakan warna ini sebagai cat dinding bilik tidur.
Biarpun warna ini sesuai untuk memberikan tenaga sewaktu bangun pagi, tetapi bila anda ingin masuk tidur kuning adalah warna terakhhir perlu dijadikan sebagai pilihan.
@rumah_artis JANGAN PILIH WARNA INI⛔️ #InspirasiRumah #DesainRumahModern #RekomendasiRumah #homedecor #fyp #foryourpage #fypmalaysia
Baca juga: Ramai Minta Tips Sebab Kagum Wanita Ini Deko Sendiri Rumahnya, Minimalist Estetik!
Sumber: Tiktok @rumah_artis
FT Image: Tiktok @rumah_artis