Deko & Hias

Panduan Tukar Warna Cat Kereta Di JPJ, Ikut Cara Ini Untuk Kemaskini, Sangat Mudah!

36
SHARES
tukar warna kereta

Bila dah bosan melihat warna kereta yang sedia ada, mulalah timbul rasa nak tukar selera kepada warna lain. Tiada masalah untuk anda tukar warna kereta, asalkan tidak lupa untuk mengemaskini maklumat cat yang baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Nak daftar atau kemaskini warna kenderaan anda di JPJ bukannya renyah, hanya perlu ikut panduan dari Cik Amaya di bawah.

Baca juga: Kajian Lokasi Risiko ‘Sinkhole’ Rendah Hingga Sangat Tinggi, Di KL & Ampang Jaya!

TUKAR WARNA KERETA DI JPJ

tukar warna kereta

Gambar: Cik Amaya

Done update warna di JPJ. Caranya bagi anda yang bellum tahu seperti di bawah ini.

Panduan mengemas kini maklumat warna cat kereta di JPJ

  1. Muat turun aplikasi JPJeQ.
  2. Imbas kod QR yang ada di JPJ untuk ambil nombor giliran.
  3. Kemudian, ambil borang untuk tukar warna.

Baca juga: 2 Kali Pergi Bengkel ‘Aircond’ Kereta Kejap Je Sejuk, Modal RM18 Beli Benda Ni Elok Terus!

Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!

Pengisian borang tukar warna cat kereta

  1. Borangnya tulis nombor plat dan warna kenderaan apa yang sudah anda catkan.
  2. Tulis nama dan nombor kad pengenalan.
  3. Kemudian, turunkan tanda tangan.

Kalau tidak tahu cara isi borang boleh tanya abang-abang RELA di sana, mereka sangat membantu.

Pastikan anda cat dahulu kereta baru pergi  mengemas kini di JPJ. Tiada apa-apa cas pembayaran, percuma sahaja. 

Baca juga: Isteri Risau Kereta Tak Boleh ‘Start’, Rupanya Benda Ini Hilang Masa Kuncinya Terjatuh!

Sumber: Cik Amaya

FT Image: carlist / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×