Rakyat

JPJ Perkenalkan ‘My Test’ Bantu Pembelajaran Ujian Komputer Kelas Memandu

31
SHARES

Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan (WP) Bhd memperkenalkan kad ‘My Test’ bagi memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer.

Baca juga: Murid Lelaki Darjah Tiga Maut Dirempuh Pacuan 4 Roda Semasa Lintas Jalan

CALON BOLEH BUAT LATIHAN DENGAN MENJAWAB 500 SOALAN UJIAN

Sekadar gambar hiasan.

My Test adalah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer, lapor Harian Metro semalam.

Pengerusi Koperasi JPJ WP Bhd Mohammad Suhaime Ismail berkata, penggunaan kad itu adalah memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan.

“Calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit.

“Calon boleh cuba menduduki ujian ‘My Test’ sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar.

“Mereka boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

CALON MEMPUNYAI PELUANG 100% UNTUK LULUS!

Sekadar gambar hiasan.

Katanya, calon yang menggunakan ‘My Test’ mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus berdasarkan percubaan calon yang gagal sehingga enam kali sebelum ini.

“Calon berkenaan mampu lulus ujian sebenar selepas tiga kali melalui ujian ‘My Test’.

“Kad ini mempunyai tiga jenis iaitu untuk kereta sahaja; untuk motosikal sahaja dan untuk kereta dan motosikal,” katanya.

Kad ‘My Test’ boleh dibeli pada harga RM10 menerusi talian 019-696 9763.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×