Didik

JPJ Beri Diskaun Saman 50% Selama 6 Bulan, Gagal Selesaikan Tak Boleh Perbaharui Lesen Memandu!

1
SHARES
diskaun saman JPJ

Bermula 3 Januari sehingga 30 Jun tahun ini, pengguna jalan raya telah diberi tempoh khas enam bulan untuk menyelesaikan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kadar RM150, berbanding RM300. Di mana, diskaun saman JPJ yang diberikan itu adalah sebanyak 50 peratus.

Baca juga: Tarikh Semakan Dividen ASB 2024 ‘Online’ & Kaunter, Serta Langkah Untuk Daftar Aplikasi!

DISKAUN SAMAN JPJ BERI 50%

diskaun saman JPJ

Gambar hiasan – Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan (dua kiri) membuat pemeriksaan dokumen sebuah lori pada Ops Khas Bersepadu pada Ambang Tahun Baharu 2025 di Akademi JPJ Wilayah Timur Kota Bharu.

JPJ menawarkan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan selama enam bulan bermula esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, ia membabitkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A); Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

“Biasanya, kompuan bagi ketiga-tiga kesalahan ini ialah RM300. Jadi kita memberikan satu kadar kompaun khas bermula esok 3 Jan untuk selama enam bulan supaya mereka menyelesaikan kompaun ini.

“Sebab saman AwAS ada dua juta saman yang tertunggak… dan memang ada sekatan kepada mereka yang tidak menyelesaikan saman AwAS, sekiranya mereka tidak menyelesaikan saman itu mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pejabat Baharu JPJ di sini, pada Khamis lepas.

Baca juga: [TERKINI] Bantuan Subsidi Beli Tiket Penerbangan ‘FLYsiswa’, Dinaikkan Kepada RM400 – PM

Pembayaran saman melalui pelbagai saluran JPJ

Loke berkata, pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai saluran antaranya di kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter mobile JPJ serta aplikasi myJPJ.

Pembayaran kompaun khas itu katanya, tidak boleh dilakukan melalui saluran MyEG dan di Pos Malaysia.

Sistem Mata Demerit dihentikan sementara hingga 30 Jun

Sementara itu, beliau berkata pengumpulan mata demerit akan dihentikan sementara mulai esok hingga 30 Jun depan.

Loke berkata dalam tempoh itu, Bahagian Penguat Kuasa JPJ akan menjalankan kajian semula terhadap kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit. – BERNAMA

Baca juga: Kereta Kerap Bunyi “Ketak Ketak” Bila Lalu Di Selekoh & Jalan Tak Rata, Lelaki Ini Jelaskan 3 Punca & Tips!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Muhammad Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×