Setiap hujung tahun, individu yang membuat simpanan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan teruja untuk mendengar pengumuman dividen daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Disebabkan itu, mereka juga tidak sabar ingin mengetahui tarikh semak dividen ASB selepas dikreditkan dengan cara yang pantas iaitu melalui dalam talian.
Justeru itu, jom ketahui info lanjut mengenai tarikh semakan dividen ASB dalam talian dan di kaunter ASNB, jumlah dividen yang diperoleh dan cara semakan dividen ASB dalam talian bagi tahun 2024 seperti di bawah.
Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!
SEMAK DIVIDEN ASB SECARA DALAM TALIAN
Tarikh semakan dividen ASB 2024
Baru-baru ini, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB telah mengumumkan semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2025 secara dalam talian (online) di Portal MyASNB dan 2 Januari 2025 di kaunter ASNB.
Dividen ASB tertinggi dalam 5 tahun
Dalam pada itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui syarikat pengurusan unit amanahnya ASNB, mengumumkan pengagihan pendapatan ASB sebanyak 5.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Jumlah ini terdiri daripada agihan pendapatan 5.5 sen dan bonus 0.25 sen, menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM10.1 bilion, dengan pengagihan ini akan memberi manfaat kepada lebih 11.1 juta pemegang unit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pengagihan pendapatan ASB kali ini adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun, sejajar dengan strategi kepelbagaian aset PNB dan prestasi pasaran ekuiti awam yang kukuh.
Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!
Cara semakan dividen ASB dalam talian
Juga kini, anda sudah tidak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB. Hal ini kerana, untuk membuat semakan dividen dan bonus, anda boleh melakukannya secara di dalam talian saja melalui Portal myASNB.
Di mana, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:
- Pergi ke laman web myASNB: https://www.myasnb.com.my/ .
- Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali).
- Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan.
- Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan.
- Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
Nota penting!
Berikut adalah beberapa istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB untuk kefahaman yang lebih jelas:
- Info dividen ASB 2024 = Tidak termasuk bonus
- Jumlah unit = Baki pelaburan terkini
- Normal reinvestment = Dividen
- Special reinvestment = Bonus
Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!
Sumber: eCentral / Harian Metro
FT Image: NSTP-Sadiq Sani / myasnb