Didik

Perkongsian Bijak Wanita Ini Urus Kewangan & Berjimat, Buat Ramai Kagum & Ikut Jejaknya!

3
SHARES
cara urus kewangan

Cara urus kewangan yang dikongsikan Nuha Sein ini, sedikit sebanyak dapat membantu individu di luar sana yang sedang bergelut untuk menjalani kehidupan secara berjimat-cermat. Nak lagi dengan ekonomi sekarang, harga barang yang boleh dikatakan semakin tinggi.

Mana tahu, dengan mengikuti tips di bawah, kehidupan anda akan jadi lebih baik tanpa ada masalah kewangan atau tidak cukup wang apabila sampai hujung bulan. Siap boleh menabung lagi. Jom, kayuh perlahan-lahan, anda pasti boleh!

Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!

CARA URUS KEWANGAN

cara urus kewangan

Gambar: Ini contoh senarai barang prep makanan saya buat. Di setiap kotak simpanan, saya catat: item, dalam kurungan tu kuantiti stok dan tarikh luput – bulan/tahun. – Nuha Sein

Cara saya urus kewangan, berbelanja dan berjimat:

1. Dapat gaji, selesaikan komitmen dahulu. Asingkan saving, komitmen dan perbelanjaan ikut kategori.

2. Beli dan borong masa ada jualan murah. Simpan buat stok (periksa tarikh luput yea).

Elak membeli masa gaji (cenderung terlebih belanja maklumlah tengah banyak duit dan elak kesesakan). Cuba perati dan banding harga pada minggu gaji dengan 2 minggu sebelum gaji. Biasanya lebih murah sebelum gaji.

3. Pantau harga beberapa pasar raya. Pilih harga terbaik.

Buat kad ahli, boleh tebus mata ganjaran dalam bentuk voucher atau coupon tunai. Ambil kira juga jarak, kos minyak dan masa untuk bandingkan penjimatan. Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink, Watson, berbaloi.

4. Buat senarai semak barang keperluan ikut kategori (barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain-lain) tuliskan barang yang perlu dibeli, kuantiti, bajet harga dan pasaraya.

Bagi mengelakkan terlebih stok dan expired, amalkan konsep FIFO (first in, first out).

5. Follow Facebook pasar raya terdekat supaya mudah anda dapat info jualan murah barang-barang keperluan anda.

Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!

cara urus kewangan

Gambar: Contoh stok barang-barang keperluan saya beli borong masa jualan murah. – Nuha Sein

6. Beli ikut portion yang diperlukan. Contoh berapa kuantiti sayur, buah dan lauk basah untuk bilangan ahli keluarga dalam seminggu atau 2 minggu.

Beli sayur dan lauk yang murah tapi berkualiti. Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe.

7. Masak sendiri di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja.

Belajar masak sendiri menu yang kita suka makan tapi mahal harganya jika beli di kedai. Boleh tukar corak pemakanan kepada yang lebih sihat juga, kurangkan fastfood dan junkfood.

8. Boleh start berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang atau tanah.

9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama yang mampu milik.

10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga.

Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!

Kesimpulan

cara berjimat

Gambar: Beras ini saya belum pack dalam botol lagi. Nak kena jemur dulu buang kutu dan pack dalam botol dengan label tarikh. – Nuha Sein

Kita tak boleh ubah atau kawal harga. Juga, tak boleh berharap menteri atau orang lain jaga kebajikan kita.

Apa yang kita mampu buat ialah kita cari alternatif sebagai solusi! Bertabahlah semua. Semoga urusan kita dipermudah dan Allah memurahkan rezeki kita, Aamin.

Baca juga: Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Simpanan Kewangan Ini!

Sumber: Nuha Sein

FT Image: Nuha Sein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×