Didik

Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!

57
SHARES
beli rumah

Gaji RM3,000 sebulan, harga rumah macam mana yang layak anda beli? Mungkin ada dalam kalangan masyarakat, tidak yakin untuk beli rumah dengan nilai gaji di bawah 5 ribu sebulan.

Jangan risau, untuk membeli rumah dengan pendapatan tersebut, boleh gunakan cara di bawah untuk melihat harga rumah yang bersesuaian. Semoga anda dapat merancang pembelian kediaman yang sesuai buat anda dan keluarga.

Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!

BELI RUMAH GAJI 3 RIBU

beli rumah

Gambar: tirachardz

“Saya gaji RM3K rumah apa boleh beli?”

Cara kira harga rumah yang layak dengan gaji

1. Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar

  • Contoh: Gaji kasar RM3K x 30/100 = RM900

Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar.

2. Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200

  • Contoh: Ansuran rumah untuk gaji RM3K tadi RM900.
  • RM900 x 200 = RM180K (harga rumah yang sesuai)

Pengiraan ini kiraan secara kasar sahaja. Bagi jumlah yang lebih tepat property agent/banker akan kirakan.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

Perlu tahu laporan kredit

Bila dah tahu harga rumah yang layak. Pastikan tahu juga credit report anda macam mana. Selalunya bank akan kira nilai DSR pemohon. Setiap bank ada had DSR sendiri.

  • Contoh: Kalau gaji RM3K, DSR tak boleh lebih 60%.

Cara kira anda boleh baca di sini.

Baca juga: Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

Periksa juga CCRIS anda

Kedua, check CCRIS. Hal ini kerana, bank akan tengok semua ini sebelum nak meluluskan pinjaman:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus (SAA)
  • Permohonan kredit yang dah lulus atau diproses dalam tempoh 12 bulan

Cara download report CCRIS di sini.

Baca juga: Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Simpanan Kewangan Ini!

Sumber: X – @DirectlendingMY

FT Image: Drazen Zigic / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×