Didik

Ini Cara Bezakan Status Tanah Hakmilik Sementara & Hakmilik Kekal, Jangan Keliru Lagi!

92
SHARES
jenis-jenis hakmilik tanah

Bukan semua orang mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai hakmilih tanah. Tahukah anda jenis-jenis hakmilik tanah termasuklah hakmilik sementara dan hakmilik kekal.

Jadi, kemungkinan masyarakat di luar masih belum cakna tentang perbezaan dua jenis hakmilik tanah ini. Justeru itu, bagi merungkai persoalan tersebut ikuti penerangan lanjut kiriman daripada peguam hartanah, Tuan Salkukhairi N Sons di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Bongkar 6 Jenis Penipuan (Scam) Di Tanah Suci, Jemaah Kena Hati-Hati Tau!

JENIS-JENIS HAKMILIK TANAH

jenis-jenis hakmilik tanah

Gambar: pressfoto

APA BEZA KE HAKMILIK SEMENTARA DENGAN HAKMILIK KEKAL?

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

Baca juga: Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

1. Sama ke Hakmilik Sementara ini dengan Leasehold (Pegangan Pajakan)?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA YANG BERBEZA. Formulanya begini:

  • Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)
  • Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title). Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)
  • Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Selama-lamanya”
  • Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Pajakan 99 Tahun”

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

Baca juga: Diundang Ke Jamuan Raya Tapi Sedang Berpuasa Sunat, Perlu Ke Batal Puasa? Ini Penjelasannya

2. Adakah tanah hakmilik sementara ini boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

jenis-jenis hakmilik tanah

Gambar: pressfoto

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual atau beli hartanah tersebut. Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini. Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR, Timbalan Presiden K-LITERASI

Baca juga: Hukum Kedudukan Makmum Perempuan Di Sebelah Imam, Serta Ilustrasi Yang Lebih Jelas!

Sumber: Salkukhairi N Sons

FT Image: Salkukhairi N Sons / pressfoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×