Nur

Diundang Ke Jamuan Raya Tapi Sedang Berpuasa Sunat, Perlu Ke Batal Puasa? Ini Penjelasannya

7
SHARES
jamuan raya

Antara puasa enam dan berbuka jika dijemput ke jamuan raya, manakah yang lebih afdal? Pastinya, ramai yang tertanya-tanya apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berada di dalam situasi tersebut.

Ikuti penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan isu ini.

Baca juga: Hukum Kedudukan Makmum Perempuan Di Sebelah Imam, Serta Ilustrasi Yang Lebih Jelas!

JAMUAN RAYA & BERBUKA PUASA 6

jamuan raya

Gambar: GoingPlaces

Menurut ulama’ Syafi’i dan Hanabilah, dalam situasi seseorang yang dijemput ke majlis makan dalam keadaan seseorang itu berpuasa sunat, maka mereka berpendapat bahawa sunat berbuka sekiranya membebankan dan menyusahkan tuan rumah.

Hal ini kerana dibenarkan baginya untuk menggantikan puasa sunat itu pada hari yang lain. Di samping itu, ia juga dapat memberi kegembiraan kepada pihak tuan rumah yang menjemputnya.

Akan tetapi, jika keadaan dia terus berpuasa itu tidak memberatkan tuan rumah, maka afdhal baginya untuk meneruskan puasa tersebut tanpa perlu membatalkannya.

(Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/118)

Baca juga: Hukum Bersihkan Kemaluan (Beristinjak) Dengan Air Zamzam, Ini Penjelasan Bekas Mufti!

Doa untuk tuan rumah 

Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengajar supaya berdoa apabila seseorang itu berpuasa, kemudian dia dijemput untuk menghadiri majlis jamuan. Abu Hurairah R.A meriwayatkan dalam sebuah hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا فَلْيُصَلِّ وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ

Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kamu diundang makan, maka penuhilah undangan tersebut. Jika dalam keadaan berpuasa, maka doakanlah orang yang mengundangmu. Jika dalam keadaan tidak berpuasa, maka santaplah makanannya.” Riwayat Muslim (1431)

Menurut Imam al-Nawawi, terdapat perbezaan pandangan ulama’ berkenaan ungkapan ‘فَلْيُصَلِّ’ dalam hadith di atas.

Sebahagian ulama’ berpendapat, makna perkataan ‘solat’ dalam hadith ini adalah mengerjakan ibadah solat dengan rukuk dan sujud. Ertinya, dia mengerjakan solat di rumah orang yang mengundang, sehingga dia mendapat keutamaan solat dan pengundang serta yang hadir mendapat keberkatan.

Manakala, majoriti ulama’ berpendapat bahawa makna ‘solat’ dalam hadis di atas adalah mendoakan orang yang mengundang dengan doa keampunan atau keberkatan, atau seumpamanya. Dan makna lafaz ‘solat’ pada bahasa adalah doa.

(Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/236)

Baca juga: Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Perlu Hati-Hati Elak Solat Jadi Batal!

Kesimpulan

Justeru itu berdasarkan beberapa nas dan keterangan, jika orang yang mengundang tidak tersinggung dan memahami, maka dia boleh meneruskan puasanya. Di samping itu, mendoakan kepada orang yang mengundang tersebut dengan kebaikan dan keberkatan atas majlis tersebut.

Sebaliknya, jika dalam keadaan pihak yang mengundang itu merasa tersinggung atau keberatan dan dikhuatiri dengan tempahan yang dilakukan akan menyebabkan berlakunya pembaziran, maka dalam keadaan ini lebih afdal baginya untuk membatalkan puasa agar lebih dapat menjaga perasaan dan hubungan silaturrahim.

Baca juga: Ini Tanda Amalan Anda Diterima Allah SWT, Menurut Pandangan Sarjana Muslim Ada 3!

Sumber: Maktabah Al-Bakri

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×