Dapur

Ibu Kongsi Idea Menu Jamuan Raya Untuk Anak, Bawa Cucur Octopus Comel Ini!

32
SHARES
MENU JAMUAN RAYA

Ibu-ibu sedang mencari idea menu jamuan raya untuk anak bawa ke sekolah? Apa kata, cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Qasih Jue Aisya seperti di bawah.

Jelasnya, menu ini menjadi pilihan si anak kerana rakan-rakan sekelas menyukainya dan berebut ketika di bawa pada jamuan raya tahun lepas.

Baca juga: Resepi Kek Butter Cheese Ala Mita, Bau Wangi Satu Rumah & Lembut Macam Kapas!

IDEA MENU JAMUAN RAYA UNTUK ANAK BAWA SEKOLAH

MENU JAMUAN RAYA

Tahun lepas bawa laku keras. Aryan dan Aisya cakap mereka tak sempat rasa kerana berebut dan disukai ramai.

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Tepung jagung
  • Serbuk roti
  • Mayonis
  • Biji lada
  • Tepung cucur instant (saya guna perisa udang)

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, potong sosej kepada 2 bahagian. Kemudian, bahagian atas potong 6 tetapi jangan putuskan.

2. Seterusnya, bancuh tepung cucur instant dan celup separuh sosej ke dalam adunan untuk dijadikan seakan-akan ‘kepala’.

3. Selepas itu, celupkan pula ke dalam salutan serbuk roti untuk lebih rangup dan menarik.

4. Goreng dalam minyak panas sehingga masak seperti biasa.

5. Bila dah masak kekuningan, angkat dan toskan.

6. Seterusnya, picitkan mayonis menjadi bentuk bulat dan letakkan biji lada hitam untuk dijadikan seakan-akan mata.

Sedia untuk disimpan di dalam bekal untuk anak bawa jamuan ke sekolah.

Baca juga: Cara Buat Bebola Bergedel Ayam, Bulat-Bulat Comel Macam Ni Lebih Senang Makan

Sumber: Facebook Qasih Jue Aisya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×