Dapur

Resepi Kek Butter Cheese Ala Mita, Bau Wangi Satu Rumah & Lembut Macam Kapas!

36
SHARES
RESEPI KEK BUTTER CHEESE

Kek butter sudah tentunya makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap. Selain membelinya di kedai, anda juga boleh cuba membuat sendiri dengan menggunakan resepi kek butter cheese ala Mita seperti perkongsian di bawah.

Resepi kek butter cheese ini mudah sahaja cara pembuatannya kerana tidak menggunakan bahan yang begitu banyak. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Kuah Santan Pecah Minyak Kembali Elok Bila Masukkan Daun Ini, Confirm Menjadi!

RESEPI KEK BUTTER CHEESE VIRAL ALA MITA, SEDAPNYA

RESEPI KEK BUTTER CHEESE

Bahan-bahan:

  • 250gm pure butter
  • 235gm tepung self rising
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 biji telur gred A
  • 30gm ovallet
  • 170gm gula ( lebihkan jika suka lebih manis )
  • 30gm whipping cream
  • 150gm cream cheese
  • 1 sudu kecil esen creamy vanilla
  • 1 sudu besar cheese emulco

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul butter, ovallet bersama gula lebih kurang 7 minit sehingga adunan menjadi kembang, putih dan ringan.

2. Masukkan telur satu persatu. Putar lebih kurang 1 minit setiap biji telur.

3. Kemudian masukkan cream cheese, esen creamy vanilla, cheese emulco dan whipping cream. Putar lagi lebih kurang 3-4 minit.

4. Setelah itu, masukkan tepung dan juga baking powder. Putar adunan guna speed rendah sahaja sehingga semua adunan bercampur rata.

5. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius guna api atas bawah.

6. Setelah itu, masukkan adunan kek ke dalam loyang size 8x8x3. Kalau nak lebih sedap, boleh parut keju parmesan atau cheddar dan tabur di atas kek.

7. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingga masak.

Pasti satu rumah anda wangi dengan bau kek ini. Sedap dan selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Bebola Bergedel Ayam, Bulat-Bulat Comel Macam Ni Lebih Senang Makan

Sumber: Facebook Fatin Damia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×