Dapur

Resepi Thai Premium Butter Cake Viral, Memang Makan Cair Di Mulut!

1.3K
SHARES

Bila bercakap tentang kek, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang merupakan penggemar kek. Salah satu jenis kek yang menjadi kegemaran ramai adalah kek mentega atau butter cake yang memang sesuai dimakan oleh setiap peringkat umur. Sebenarnya, anda boleh buat sahaja kek premium ini di rumah berpandukan resepi yang betul. Bila menjadi tu memang sedap dimakan!

Sumber: 7 Jenis Minuman Ini Bantu Untuk Turunkan Berat, Confirm Menjadi!

Resepi Thai Premium Butter Cake

Ini antara Thai Premium Butter Cake yang saya buat. Saya masih belajar lagi, pelan-pelan saya kayuh. Loyang saiz 8inc.

Bahan-bahannya :

-250gram Butter Lurpak (salted)

-265gram Tepung Superfine – diayak

-140gram Gula Kastor (nak guna Gula Icing pun ok je)

-1 sudu teh Creamy Vanilla Essence

-310gram Telor saiz A – kocak semua macam nak buat telor dadar, lepas tu timbang

-½ sudu besar Baking Powder – diayak

-30gram Ovallete special (nak guna Ovallete biasa ok je)

-105gram susu segar FULL CREAM KOTAK

Untuk perisa pandan Coconut :

1 sudu teh Pandan Coconut Emulco. Titiskan pewarna hijau sedikit. Gantikan susu full cream kepada santan. Timbang 105gram santan ye. Saya guna santan S&P Santan Pandan Kelapa.

Cara-caranya :

1.Mix Butter – Gula Kastor – Ovallete – 10 minit atau sehingga putih gebu. Pastikan rajin scrap gula dan butter dalam proses mix 3 bahan ni ye supaya sebati.

2.Lepas adunan putih gebu, masukkan telor ke dalam adunan tadi sikit demi sedikit. Mix sekejap adunan telor tadi.

3.Satukan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam mangkuk.

4.Saya masukkan Creamy Vanilla essence – Pandan Coconut Emulco – Pewarna Hijau hanya guna whisker sahaja.

5.Dengan menggunakan Whisker, masukkan Tepung Superfine + Baking Powder + berselang seli dengan susu Full cream/santan ke dalam bancuhan yang telah di-mix tadi.

6.Bila semua dah sebati, masukkan bancuhan ke dalam loyang saiz 8inc. Hentak-hentakkan loyang untuk buang bubble yang ada.

Cara bakar Thai Premium Butter Cake :

1.Ambil tuala bersih, basahkan dan perah kain tadi agak-agak air tidak menitis. Letakkan di atas tray. Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik kain basah tadi.

Cara kedua :

1.Letakkan tisu dalam 8 keping ke dalam tray dan basahkan dengan air. Tekap tisu supaya semua tisu basah dengan air. Buang lebihan air jika terdapat lebihan air.

2.Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik tisu basah tadi.

Suhu saya : Api Atas Bawah

3.150° – 60 minit. Lepas tu saya rotate kan tray dan turunkan suhu ke 140° dan sambung bakar lagi 30 minit. Off kipas oven.

4.Bakar Cake ikut kesesuaian oven masing-masing ye. Bila cake dah masak, keluarkan cake dari loyang dan sejukkan Cake sebentar.

5.Lepas tu wrap Cake dengan Cling wrap dan masukkan dalam chiller semalaman atau 6 jam. Esoknya baru potong.

6.Untuk potongan yang cantik, potong cake masa sedang sejuk ye. Siap potong, wrap semula dengan cling wrap dan simpan dalam chiller semula.

Sumber: Norizan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×