Dapur

5 Jenis Koleksi Resepi Kek Paling Senang, Pertama Kali Cuba Pun Mesti Menjadi Elok!

1
SHARES
KOLEKSI RESEPI KEK

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa jenis koleksi resepi kek untuk anda cuba buat sendiri di rumah. Kek bukan sahaja sesuai dihidangkan ketika majlis hari lahir tetapi ia boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.

5 jenis koleksi resepi kek di bawah ini sudah pastinya mampu menambat hati insan tersayang kerana keenakkannya yang luar biasa. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Terlajak Sedap, Pekat Berlemak Baru Puas Makan!

KOLEKSI RESEPI KEK UNTUK ANDA CUBA, MUDAH SAHAJA

1. Kek marble butter

KOLEKSI RESEPI KEK

Bahan-bahan:

  • 375g butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan:

– Putar gula, butter dan esen vanila dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sehingga gebu.

– Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar selama 15 minit.

Kemudian masukkan susu dan putar sebati sahaja. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Guna kelajuan tinggi dan putar selama 3-4 minit.

– Bahagikan adunan kepada 2. Satu bahagian masukkan 3 sudu besar serbuk koko. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis.

– Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 selama 15 minit pertama. Turunkan suhu pada 150 selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.

2. Koleksi resepi kek – butter kek

KOLEKSI RESEPI KEK

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur saiz A
  • 160gram marjerin
  • 140gram gula kastor
  • 200gram tepung superfine
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu teh creamy vanilla esen
  • 1/4 cawan buttermilk
  • Sedikit pewarna Lemon

*Homemade buttermilk: Campurkan 1/4 susu full cream dengan 1 sudu besar cuka. Sedia untuk digunakan.

Cara penyediaan:

– Campurkan marjerin dan gula kastor ke dalam mixer dan putar selama 5 minit. Selepas itu, tutup sebentar mixer dan kaup semula adunan dari bawah ke atas supaya adunan sekata. Sambung mix lagi 5 minit.

– Kemudian, masukkan telur satu per satu dalam kiraan 1 minit dan tutup mixer.

– Masukkan 1 sudu teh creamy vanilla esen ke dalam bancuhan homemade buttermilk tadi. Dengan hanya menggunakan whisker, masukkan tepung superfine berselang seli dengan homemade buttermilk sehingga selesai.

– Boleh juga titiskan pewarna lemon sedikit jika suka. Boleh mula panaskan oven ye.

– Masukkan adunan kek ke dalam loyang 7 inci. Boleh lorekkan adunan dalam loyang dengan lidi untuk buang buih.

– Bakar kek ikut suhu oven masing-masing ye. Suhu saya 150 selama 1 jam 40 minit, api atas bawah dan tutup kipas oven.

– Bila kek dah siap, sejukkan kek dan wrap dengan cling wrap. Simpan di dalam peti ais selama 1 jam, selepas itu, baru boleh menikmatinya.

3. Kek coklat pisang kayangan

KOLEKSI RESEPI KEK

Bahan-bahan A:

  • 150g pisang emas/berangan – dilecek halus
  • 2 biji telur gred B
  • 60ml buttermilk (seperti resepi di atas)
  • 115g Buttercup cair

Bahan-bahan B:

  • 170g tepung gandum*
  • 40g serbuk koko*
  • 1 ½ sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 120g gula perang
  • Sedikit garam

Bahan C:

  • 60g coklat chips

Bahan toppings:

  • 30g kacang walnut (cincang)
  • 30g Beryl’s milk compound (cincang)
  • 30g coklat chips

Cara penyediaan:

– Satukan semua bahan A & whisk hingga sebati, ketepikan.

– Ayak bersama bahan Byang bertanda*, kemudian tambah gula + garam. Gaul sebati.

– Masukkan adunan (A) tadi, kaup balik sebati dengan spatula. Tambahkan bahan C & gaul lagi.

– Tuangkan adunan ke dalam loyang 7×7 yang telah dilapik baking paper.

– Tabur toppings secukupnya. Bakar pada suhu 160°c selama 45-50 minit (bergantung pada oven).

4. Koleksi resepi kek – kek buah campur

KOLEKSI RESEPI KEK

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 100g gula perang
  • 4 biji telur
  • 225g tepung serbaguna
  • 2 sudu kecil susu tepung
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil madu
  • 230g buahan campuran
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Cara membuat:

– Panaskan oven pada suhu 160 atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

– Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih.

– Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.

– Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.

– Sementara itu, ayak tepung serbaguna, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.

– Ambil 2 sudu besar tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.

– Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.

– Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.

– Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.

– Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.

Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering. Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi, jika keluar licin maksudnya kek dah masak dan boleh diangkat.

5. Kek coklat moist cheese

KOLEKSI RESEPI KEK

Bahan-bahan:

  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan serbuk koko

*Masak atas api perlahan selama 3-4 minit dan ketepikan.

– Seterusnya, putar 2 biji telur sehingga gebu dan masukkan ½ cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder.

– Ayak ke dalam adunan coklat diselang seli kan dengan telur.

– Gaul sehingga sebati dan kukus menggunakan api sederhana selama 30 minit.

Resepi cheese:

  • 250g cream cheese
  • ½ cawan gula icing

*Putar hingga gebu

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar  air panas
  • 1 biji telur

– Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan cheese.

– Asingkan sedikit adunan cream cheese, letak pewarna kegemaran ke dalam adunan cheese.

– Apabila kek sudah masak, tuang adunan cheese atas kek, tompokkan cheese berwarna, lorekkan dan kukus selama 15 minit.

– Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Itu sahaja perkongsian 5 jenis koleksi resepi kek untuk anda cuba di rumah.

Baca juga: 13 Petua Di Dapur Kena Ambil Tahu, Pasti Ibu Mentua Terkejut Tengok Menantu Mahir Di Dapur!

Sumber: Facebook 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×