Dapur

13 Petua Di Dapur Kena Ambil Tahu, Pasti Ibu Mentua Terkejut Tengok Menantu Mahir Di Dapur!

16
SHARES
PETUA DI DAPUR

Tugas memasak biasanya akan diberikan kepada kaum wanita untuk mengendalinya. Jadi, jika anda ingin kelihatan cekap di hadapan ibu mentua, boleh cuba petua di dapur seperti perkongsian di bawah ini.

Petua di dapur yang penulis kongsikan ini sangat berguna untuk kehidupan seharian kerana masih ramai lagi yang belum tahu. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Resipi Donat Pandan Cicah Sangkaya, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi

PETUA DI DAPUR YANG RAMAI TAK TAHU, RUGINYA

PETUA DI DAPUR

1. Kelapa parut tahan lama

Lebihan kelapa part bole disimpan di dalam peti beku (freezer) untuk tahan lama.

2. Udang tahan lama

Lumur udang dengan sedikit perahan limau nipis sebelum menyimpan udang di dalam peti ais.

3. Menanggalkan lemak ayam

Lemak ayam akan lebih mudah tertanggal jika menggunakan tepung gandum untuk mencuci ayam.

4. Mengurangkan hapak minyak masak

Petua di dapur seterusnya adalah minyak masak yang telah lama digunakan akan berbau hapak. Hapak boleh dikurang dengan menggoreng batang serai di dalam
minyak tersebut.

5. Petua di dapur – elak epal lebam

Sapukan limau nipis pada pisau semasa memotong buah epal. Jika mahu kesegaran tahan lebih lama, rendam buah epal yang telah dipotong di dalam air sejuk bersama sedikit garam.

6. Baja teh/kopi

Gunakan lebihan serbuk teh dan kopi untuk tanaman anda sebagai baja. Tanaman akan lebih subur.

7. Lobak merah lambat kering/rosak

Petua di dapur selanjuntnya, ketika menyimpan lobak di dalam peti ais, bungkus lobak dalam keadaan kering di dalam aluminum foil.

8. Tauge tahan lama

Tauge tahan lebih lama jika disimpan di dalam bekas berisi air bersama sedikit perahan jus limau nipis. Jika mahu tauge lebih rangup, rendam taugeh di dalam air berais.

9. Hilangkan kerak periuk

Rebus beberapa helai kulit kentang bersama periuk yang berkerak. Kerak akan senang ditanggalkan selepas itu.

10. Cucur bawang kurang berminyak

PETUA DI DAPUR

Adunan dimasukkan hanya setelah minyak panas. Hanya terbalikkan cucur sekali sahaja agar minyak tidak meresap.

11. Tips arang BBQ

Ketika menghidupkan api arang untuk BBQ anda, taburkan sedikit gula pasir pada arang. Api akan lebih mudah hidup.

12. Petua di dapur – elak biskut lemau

Masukkan sedikit gula pasir di dalam bekas kedap udara yang digunakan untuk menyimpan biskut.

13. Hilangkan bau kunyit, bawang dan cili di blender

Kisar serbuk kopi dengan air panas di dalam blender yang berbau. Kemudian, kisar air dan sabun pencuci pinggan sebentar. Bilas dengan air. Mesin pengisar anda akan berbau harum.

Itu sahaja 13 tips di dapur anda boleh pratikkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Tauhu Bergedel Tak Cepat Basi, Ada Teknik Rahsia Buat Inti Lebih Sedap

Sumber: Facebook Mama G Food Industries

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×