Perkongsian kali ini penulis ingin mengajar anda resipi donut pandan sangkaya seperti dilakukan oleh Zairina Yuszairi. Donut ini agak berbeza dengan resepi biasa kerana anda boleh cicah bersama sos homemade.
Resipi donut pandan sangkaya ini pasti menjadi minat ahli keluarga dan anak. Lebih sedap jika dihidangkan pada waktu petang bersama teh o panas. Jom cuba!
Baca juga: Ibu Kongsi Resepi Ayam Lemon Rangup Kegemaran Anak, Buat Seekor Mesti Licin!
RESIPI DONUT PANDAN SANGKAYA, SEDAPNYA
Bahan-bahan resipi donut pandan:
- Tepung gandum 700g
- Gula 2 sudu
- Yis kering 1 sudu
- Bread improver 1 sudu kecil
- Baking powder 1 sudu kecil
- Telur 1 biji
- Air pandan sejuk dalam peti ais + fresh milk(200 ml) timbang dalam 1 bekas jadikan semua berat 450g
- Pewarna hijau apple 2 titis
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan bahan kering dalam mixer dan tuang cecair sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh ( 5 minit )
2. Matikan mixer dan masukkan bahan garam 1 sudu kecil dan marjerin 2 sudu.
3. Uli 1/2 jam sampai elastik. Kalau uli secara manual, pastikan uli sehingga permukaan doh licin.
4. Masukkan sikit minyak dan sapu keliling dalam mangkuk, baru masukkan doh.
5. Tutup dengan kain dan plastik wrapping. Biarkan selama 1 jam.
6. Bila doh dah kembang, tumbuk doh dan keluarkan angin.
7. Timbang 38- 39 gram dan rounding. Biarkan 1 jam.
8. Tekan sikit doh dan buat lubang.
9. Rehatkan lagi doh selama 15 minit atau sehingga ringan.
10. Masukkan dalam minyak panas (api kecil) dan goreng dengan sekali balikkan sahaja.
11. Toskan dengan tisu dan ketepikan.
Cara penyediaan sangkaya pandan:
– Daun pandan 8 helai dan aiir 400ml.
– Kisar dan ambil airnya sahaja. Tuang ke dalam kuali.
– Masukkan 2 santan kotak 200ml, 3 sudu makan gula, 2 sudu makan tepung kastard dan 1 sudu teh garam ke dalam kuali.
– Larutkan dan masak sehingga likat.
Gaulkan donut dengan susu tepung dan cicah dengan sangkaya pandan. S
edap tak terkata dan selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Tauhu Bergedel Tak Cepat Basi, Ada Teknik Rahsia Buat Inti Lebih Sedap
Sumber: Facebook Zairina Yuszairi