Dapur

Ibu Kongsi Resepi Ayam Lemon Rangup Kegemaran Anak, Buat Seekor Mesti Licin!

59
SHARES
RESEPI AYAM LEMON

Perkongsian artikel kali ini adalah resepi ayam lemon rangup daripada seorang ibu bernama Siti Nornaim di laman Facebooknya. Jelasnya, setiap kali membuat menu ini, pasti seekor ayam akan digunakan kerana anak-anak terlalu mengemarinya.

Jika ibu-ibu di luar sana mahu menambat hati anak, boleh cuba resepi ayam lemon seperti di bawah ini. Mudah sahaja dan sudah tentunya sedap!

Baca juga: Resepi Tauhu Bergedel Tak Cepat Basi, Ada Teknik Rahsia Buat Inti Lebih Sedap

RESEPI AYAM LEMON RANGUP, PASTI MAKANAN KEGEMARAN ANAK

RESEPI AYAM LEMON

Saya buat seekor ayam, anak-anak suka sangat. Gerenti bertambah nanti.

Bahan-bahan ayam goreng rangup:

  • Ayam
  • Tepung ayam goreng

Cara-cara:

– Cuci bersih ayam dan toskan.

– Kemudian, salut menggunakan tepung ayam goreng pilihan anda.

– Goreng sehingga rangup dan masak.

– Sekiranya menggunakan ayam saiz besar, pastikan api tidak terlalu kuat agar bahagian dalam ayam masak sekata.

– Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan sos lemon:

  • Bawang putih
  • Sos lemon (beli macam dalam gambar ye)
  • Cili flakes
  • Garam
  • Gula
  • Bijan ( sagai dulu)

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas bawang putih dan cincang halus.

2. Kemudian, sangai bijan sehingga kekuningan dan ketepikan.

3. Di dalam kuali, tumis bawang putih menggunakan mentega.

4. Pastikan api perlahan supaya tidak cepat hangus.

5. Selanjutnya, masukkan cili flakes dan kacau sehingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan pula gula dan garam. Boleh tambah mengikut cita rasa anda.

RESEPI AYAM LEMON

7. Tuangkan sos lemon. Sekiranya kuantiti ayam banyak, boleh tuang semua sos.

8. Sos akan rasa masam, manis dan sedikit pedas.

9. Akhir sekali, masukkan ayam tepung yang sudah digoreng. Boleh menggunakan ayam instant atau buat sendiri seperti cara di atas.

Gaul sebati dan taburkan bijan di atas ayam. Sedia untuk dihidangkan. Resepi ayam lemon ini sesuai dijadikan menu tengah hari atau minum petang.

Sedap tak terkata!

Baca juga: Resepi Kek Nanas Viral Guna 2 Bahan Sahaja, Tanpa Telur & Gula Tapi Menjadi!

Sumber: Facebook Siti Nornaim Keng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×