Dapur

Resepi Kek Nanas Viral Guna 2 Bahan Sahaja, Tanpa Telur & Gula Tapi Menjadi!

9
SHARES
resepi kek nanas

Setiap kali membuat kek di rumah, pasti pelbagai bahan perlu disediakan kerana jika tidak cukup barang, kek boleh menjadi bantat. Namun, lain pula dengan resepi kek nanas yang tular di media sosial kerana hanya dua bahan sahaja diperlukan.

Lebih mengejutkan, resepi kek nanas ini tidak menggunakan sebarang telur dan gula tetapi hasilnya gebu dan lembut. Anda tak percaya? Kena cuba sendiri di rumah mengikut perkongsian penuh di bawah ini.

Baca juga: Resepi Roti Goreng Anti Serap Minyak, Kekal Rangup Sampai Petang!

RESEPI KEK NANAS GUNA 2 BAHAN UTAMA, PASTI MENJADI

resepi kek nanas

Bahan-bahan diperlukan:

  • Tepung instant kek
  • Nenas dalam tin (1 tin sahaja)

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan nanas dalam tin ke dalam mesin pengisar.

2. Kemudian, tuang tepung kek instant sebanyak 500g.

3. Tidak perlu tambah apa-apa gula atau telur ke dalam adunan.

4. Seterusnya, kisar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang pilihan anda.

5. Bakar selama 45-50 minit menggunakan suhu 170 atau bergantung kepada jenis oven.

6. Bila dah masak, sedia untuk dihidangkan. Jika nak kelihatan lebih menarik, boleh taburkan sedikit icing sugar di bahagian atas kek.

Mudah sahaja kan? Dua bahan sahaja diperlukan untuk membuat kek nanas di rumah. Tak perlu susah payah membeli di kedai.

Selamat mencuba dan semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: 5 Makanan Tak Boleh Kisar Dalam Blender, Ramai Dah Buat Kesalahan Ini!

Sumber: TikTok Walla Abu Eid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×