Nur

Muat Naik Video Lafaz Cerai Di Media Sosial, Tindakan Itu Dianggap Buka AIB Rumah Tangga

8
SHARES
lafaz cerai

Terlalu banyak kes keretakan rumah tangga yang berlaku di Malaysia dan lebih mengejutkan perkara ini dianggap biasa sehingga ada yang lafaz cerai ketika membuat live di TikTok. Selain itu, ada juga yang memuat naik video perceraian di media sosial sehingga menarik perhatian warganet.

Baca juga: Contoh Panggilan Manja Untuk Suami Menurut Islam, Confirm ‘Cair’ & Lebih Disayangi

MUAT NAIK VIDEO LAFAZ CERAI DIANGGAP AIB

LAFAZ CERAI

Walau bagaimanapun, tindakan diatas dikatakan membuka aib rumah tangga. Menurut Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah dan juga Timbalan Dekan Industri, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, video tersebut sepatutnya diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bagi memastikan hak mereka iaitu isteri terbela.

“Saya bersetuju untuk golongan isteri mendapatkan hak mereka dengan merakam video ataupun suara, tetapi saya tidak bersetuju untuk dibuat secara langsung atau muat naik rakaman itu di media sosial. Perkara itu hanya akan membuka keaiban rumah tangga,” jelasnya.

Tambahnya lagi, perceraian yang ditayangkan di media sosial sudah menjadi satu trend namun ia bukan untuk tontonan umum. Hal ini kerana bahan bukti seperti itu hanya diberikan kepada peguam dan mahkamah bagi membela hak anda.

“Akhir-akhir ini memang betul saya melihat bahawa trend menceraikan isteri secara langsung atau rakaman semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Kita faham bahawa perempuan ataupun isteri ingin merakam bertujuan untuk menjadikan ia bukti bahawa mereka sudah diceraikan.

“Ini kerana, ada dalam kalangan masyarakat kita, khususnya orang lelaki, yang mereka ini lafaz cerai kemudian mereka nafikan. Bagi mereka tidak ada saksi, tidak ada orang yang tengok kecuali isteri,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama pasangan suami isteri, kalau ada apa-apa bahan bukti, simpan dan jangan muat naik di media sosial

“Oleh kerana itu, saya nasihatkan orang awam terutama suami dan isteri, kalau terdapat apa saja bukti, ia bukan disiarkan dan dimuat naik di laman sosial. Tetapi digunakan bahan itu untuk diberi kepada peguam dan mahkamah bagi membela hak mereka,” ujarnya.

Perkara sedemikian perlu diambil berat supaya tidak mendatangkan fitnah kepada diri sendiri atau dari orang luar. Buat keputusan dengan bijak.

Baca juga: Suruh Madu Mandi & Tidur Bersama, Pendakwah Jelas Hukumnya Haram Walau Isteri Reda

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×