Asuh

Bila Anak Tanya Patung Berhala Itu Apa, Kena Bagi Jawapan Macam Ini!

54
SHARES
PATUNG BERHALA

Patung berhala sering kita lihat di kuil atau tokong tepi jalan. Hal ini sudah tentunya menarik perhatian anak kecil dan bertanya mengenai patung tersebut.

Sebagai ibu bapa, anda perlu memberi jawapan betul agar tidak tersalah informasi kerana ia berkait dengan agama. Jadi, jawapan tepat mengenai apa itu patung berhala, adalah seperti di bawah.

Baca juga: Anak Lari Rumah Rupanya Punca No.4 Ini, Ibu Ayah Kena Jaga-Jaga!

PATUNG BERHALA ITU APA, BILA ANAK TANYA INI JAWAPANNYA

PATUNG BERHALA

Bila anak tanya pasal patung ketika melalui kuil/tokong, cakap sahaja itu merupakan patung berhala. Jangan cakap itu tuhan dia dan tuhan kita Allah.

Kita sembah tuhan kita, dia sembah tuhan dia. Ini seperti kita mengakui tuhan itu banyak, ada tuhan selain Allah. Tuhan yang Maha Esa itu Allah sebab ini iktikad kita.

Ajari anak tentang tauhid. Belajarlah ilmu tauhid supaya kita tahu batas dan sempadan iman dan kufur.

Dalam kitab Misbahul Munir ada menyatakan, antara perkataan yang boleh membawa kepada gugur syahadah seseorang itu adalah dengan mengatakan:

“Berhala itu tuhan orang bukan islam” 

Hal ini kerana disebalik kata-kata itu, ada rupa pengakuan bahawa tuhan itu berbilang. Sedangkan I’tiqod (pegangan) kita, tuhan itu esa.

Tiada berbilang pada Dzat, Sifat dan Af’al Nya. Hanya Allah sahaja Tuhan, yang lain semua bukan tuhan (ianya makhluk).

Inilah yang terkandung dalam makna kalimah لا إله إلا الله

Perkemaskan Tauhid kita ibu ayah, kenalilah Tuhan dengan jalan mengaji ilmu Tauhid. Ajarkan anak-anak kita Tauhid yang Haq lagi bertepatan dengan dalil.

Janganlah pula kita mudah bercakap orang yang berkata “berhala itu tuhan orang bukan islam” itu telah gugur syahadahnya kerana apa yang terlepas di mulut tidaklah menggambarkan pegangan dalam hati seseorang Muslim.

Jika ditanya dengan sebenar-benar, pasti akan dijawab “Allah sahaja Tuhan”. Maka tiadalah gugur syahadahnya. Cuma jadi peringatan buat diri kita sendiri untuk berhati-hati dalam berkata-kata dan ajarkanlah Tauhid yang sebenar pada anak-anak kita.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ

Maksudnya: “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Tugas Anak Sulung Untuk Jaga Adik, Ibu Ayah Hentikan Stigma Ini!

Sumber: Facebook Ummu Zahro Siti Nabyelah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×