Asuh

Bukan Tugas Anak Sulung Untuk Jaga Adik, Ibu Ayah Hentikan Stigma Ini!

42
SHARES
PERANAN IBU BAPA

Peranan ibu bapa sudah tentunya perlu menjaga dan mendidik anak menjadi insan berguna. Namun, menjadi satu trend di mana ibu ayah meletakkan ‘beban’ tersebut kepada anak sulung.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, perkara ini berlaku di hadapan mata dan dia mendengari perbualan si ibu menyuruh anak sulung menjaga adik.

Baca juga: Kuantiti Minum Air Masak Yang Sesuai Dengan Umur Anak, Jangan Terlebih!

PERANAN IBU BAPA KENA ADIL, BUKAN ANAK SULUNG JAGA ADIK

PERANAN IBU BAPA

“Macam mana adik boleh jatuh???Kan mama pesan suruh tengok adik?” tinggi suara ibu kepada si abang.

Berapa ramai dalam kalangan kita yang membebani anak sulung atau anak kita yang lebih tua dengan tanggungjawab untuk menjaga adik/adik-adik?

Minta maaf, tanggungjawab anak sulung bukan untuk jaga adik-adik. Peranan ibu bapa adalah untuk menjaga semua anak.

Adakah ini bermaksud kita sebagai ibu bapa tak boleh meminta tolong anak-anak yang lebih tua untuk bantu menjaga adik-adik? Bukan begitu kerana meminta bantuan dari anak memang salah satu pengalaman bagus untuk anak rasa penting dan berguna. Ia ibarat ibu bapa mengesahkan kebolehan dan kemampuan anak.

Kita dapat pastikan bahawa arahan ke atas anak lebih berusia untuk bantu bertanggungjawab menjaga dan mengurus adik-adik itu betul jika ia memenuhi 3 perkara ini (Christy Weeden, PH.d Neurocognitive Phychology):

1. Sesuai dengan usia dan kemahiran anak 

Sudah tentu meminta seorang kanak-kanak 5-6 tahun untuk memantau seorang lagi kanak-kanak berusia 3-4 yang sedang amat lasak ,seperti dalam kisah benar diatas, amat tak padan.

2. Bukan jadi tugas tetap 

Bukanlah namanya meminta tolong kalau sudahnya jadi tugas tetap anak pula untuk membuat sesuatu yang bukan dalam ‘bidang kerja’ anak kecil.

Misalnya, bila si abang di jadikan tukang kemas meja yang tetap, setiap kali selepas acara makan keluarga selesai. Sedangkan penjaga utama soal mengemas ialah ibu bapa.

3. Tanggungjawab diberi untuk manfaat anak, bukan untuk mudahkan beban kerja ibu bapa

Misalnya ibu meminta si kakak memakaikan kasut si adik semasa keduanya sedang bersiap untuk keluar rumah kerana ibu lihat kedua-dua kakak dan adik dalam ‘good mood’ (supaya mereka berdua boleh bekerjasama dengan baik pada waktu itu).

Tak kira berapa matang atau berdikari seseorang anak itu kelihatan dimata kita, mereka tak mampu menjalankan tugas orang dewasa.

Sentiasa ingat untuk sebut kepada anak bahawa anda hanya meminta bantuan dan bukan meminta dia bertanggungjawab.

Contoh ayat boleh digunakan:

“Mama nak minta tolong kakak tengok adik sekejap masa mama basuh pinggan di dapur. Kalau adik memanjat dan tak mahu turun bila kakak suruh, kakak panggil mama dan mama akan uruskan adik, OK?”

“ Mama minta maaf buat abang rasa geram adik tak nak dengar cakap abang untuk stop main dan balik. Mama yang patut pastikan abang dan adik dua-dua balik main taman sebelum senja” 

Tugas mereka adalah untuk menjadi anak dan kanak-kanak. Bila anak-anak dipaksa matang dengan cepat, mereka akan terlepas  tangga-tangga atau fasa-fasa perkembangan yang perlu dilalui.

Hasilnya akan menyebabka. mereka membesar sebagai orang dewasa yang bergelut dengan rasa resah, cemas, terlebih fikir dan depresi. Hal ini kerana kesan pendedahan kepada bebanan emosi dan mental tanggungjawab besar yang dicampak ke bahu mereka sejak awal dan selama tahun-tahun.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Prosedur & Dokumen Ambil Anak Angkat Di JKM, Proses Mudah Jika Lengkap Semuanya!

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×