40 Minggu

Bayi Lelaki Lebih KUAT MENYUSU Berbanding Baby Perempuan, Ibu Setuju Tak?

6
SHARES
SUSU IBU

Umum mengetahui, susu ibu mempunyai banyak kebaikan dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan optimum. Menurut perkongsian pegawai dietetik, Dietation Fizah di laman Facebooknya, dia menjelaskan bahawa bayi lelaki lebih memerlukan susu ibu berbanding bayi perempuan.

Perkara ini kadangkala membuatkan bakal ibu di luar sana lebih risau kerana takut tidak mampu memberikan susu yang mencukupi.

Baca juga: Prosedur & Dokumen Ambil Anak Angkat Di JKM, Proses Mudah Jika Lengkap Semuanya!

SUSU IBU: BAYI LELAKI MINUM LEBIH BANYAK, BETUL KE?

SUSU IBU

Penyusuan susu ibu adalah proses semula jadi yang berlaku kepada semua bayi namun terdapat beberapa perbezaan yang mungkin berlaku apabila menyusukan bayi lelaki dan perempuan.

Perbezaan ini juga termasuk keperluan pemakanan, kekerapan penyusuan, dan tingkah laku bayi semasa menyusu. Kajian mendapati bahawa bayi lelaki secara amnya mempunyai keperluan kalori lebih tinggi berbanding bayi perempuan.

Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih cepat dan biasanya berat bayi lelaki lebih berat. Kajian juga menunjukkan susu ibu akan terhasil lebih banyak jika bayi dalam kandungan adalah lelaki.

Jika dibandingkan mengikut graf berat untuk umur (weight for age):

– pada waktu lahir berat 50th percentile bayi lelaki adalah 3.3kg

– pada usia 1 tahun berat 50th percentile bayi lelaki adalah 9.6kg manakala bayi perempuan pada 9.0kg

Ini bermakna dalam sehari bayi lelaki memerlukan hampir 3 ounce susu lebih banyak daripada bayi perempuan.

Selain itu, susu ibu yang dihasilkan untuk bayi lelaki juga mengandungi lebih banyak lemak dan protein bagi menyokong pertumbuhan yang lebih cepat.

Bayi lelaki juga dikatakan lebih kerap menyusu berbanding bayi perempuan kerana dikaitkan dengan keperluan kalori yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, kekerapan penyusuan susu ibu boleh berbeza-beza mengikut individu dan beberapa sebab seperti:

  • Mengikut kepada permintaan
  • Setiap keperluan bayi adalah berbeza
  • Setiap bayi memiliki size berlainan
  • Hidup dalam persekitaran berbeza

Sesetengah bayi perempuan juga mungkin menyusu dengan lebih kerap jika mereka mempunyai keperluan kalori yang tinggi dan mengalami peningkatan perkembangan.

Kesimpulannya, bayi lelaki sememangnya memerlukan lebih banyak susu ibi berbanding bayi perempuan. Walau bagaimanapun, ibu-ibu di luar sana jangan stres ketika menyusukan anak kerana itu adalah satu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Jika tidak pasti atau perlu bantuan, jangan segan untuk bertanya kepada pakar agar dapat membantu mengajar cara penyusuan ibu dengan betul.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Najis Keluar Biji Kuning & Merengek Malam, Ini Tanda Bayi Beralih Bulan!

Sumber: Dietitian Fizah & Nakita ID

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×