Siapa pernah cuba makan kek pandan santan? Kek ini sudah tentunya sedap dihidangkan sebagai minum petang sambil menikmati teh o panas.
Cara membuat kek pandan santan ini juga senang kerana anda hanya perlu mencampurkan semua bahan di dalam satu bekas. Tak perlu basuh banyak peralatan memasak.
Baca juga: Cara Cuci Paru Dengan BETUL, Masuk Bahan Ini Ketika Rebus. Baru Tak Hanyir!
KEK PANDAN SANTAN PALING SEDAP DAN VIRAL
Bahan-bahan A:
- 4 biji telur
- 1 sudu besar ovellate
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan gula (asal 1 cawan)
Bahan-bahan B:
- 1 sudu besar baking powder
- 2 cawan tepung gandum
- 1 kotak santan 200ml
- Letak pewarna hijau atau air pandan
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul bahan-bahan A seperti di atas sehingga kembang.
2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar baking powder, 2 cawan tepung gandung, 1 kotak santan dan sedikit pewarna hijau atau air daun pandan.
3. Seterusnya sebatikan adunan dan tuang di dalam loyang saiz 8×8.
4. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak. Cucuk mengguna lidi kayu, jika tidak melakat tandanya sudah masak.
Kek pandan santan ini sangat sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Churros Bulat-Bulat Comel, Cicah Sos Coklat Pekat Homemade!
Sumber: Facebook AarillShah WG