Dapur

Cara Cuci Paru Dengan BETUL, Masuk Bahan Ini Ketika Rebus. Baru Tak Hanyir!

23
SHARES
PARU LEMBU

Paru lembu antara organ dalaman haiwan yang menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi jika dimasak dengan cara betul. Hal ini kerana sesetengah kedai makan menjual paru tetapi bau dan rasanya hanyir.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Afy Al Habibi, ada satu tips boleh dicuba bagi memastikan paru lembu tidak hanyir apabila dimasak. Mudah dan sudah tentunya menjadi!

Baca juga: Cara Pilih Buat Durian Isi Kuning & Masak Elok, Barulah Puas Makan!

PARU LEMBU KENA CUCI BETUL-BETUL, BARU TAK HANYIR & SEDAP

paru lembu

Langkah-langkahnya:

1. Basuh paru sehingga hilang warna air darah. Kemudian rendam dengan tepung gandum, cuka dan perahan limau nipis.

2. Seterusnya, basuh dan toskan sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam periuk berisi air.

3. Dalam rebusan tersebut, campurkan asam keping, garam, serai dan halia secukupnya. Serai dan halia berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir yang kuat.

4. Rebus kira-kira selama 35 minit menggunakan api sederhana besar sahaja. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru tersebut.

5. Nanti cucuk-cucuk tengok keadaan paru sebelum tutup api. Kalau warna dalamnya tidak merah, boleh tutup api.

6. Buang semua air rebusan dan toskan. Nak lalu bawah air sekejap pun boleh sebelum ditoskan.

7. Seterusnya, biarkan sejuk sebelum hiris paru mengikut saiz yang disukai.

8. Sekiranya lebihan paru yang sudah dihiris terlalu banyak, boleh bekukan.

9. Sebelum mula menggoreng, gaul paru bersama kunyit, garam dan sedikit serbuk perasa.

10. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Paru pasti sedap dan rasa hanyir pun hilang.

*Boleh goreng sebanyak dua kali sekiranya ingin paru lebih rangup berbanding biasa.

Bagi anda pengGemar paru, antara manfaatnya adalah:

  • Mengurangkan masalah anemia
  • Mengurangkan stres/darah tinggi
  • Mengawal gejala psoriasis
  • Bagus untuk ibu mengandung
  • Mengurangkan sakit badan
  • Menguatkan tulang
  • Menguatkan gigi
  • Risiko penyakit alzheimer rendah
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Tingkatkan sistem imunisasi

Walau bagaimanapun, paru lembu juga mempunyai keburukan jika makan secara berlebihan. Antaranya:

  • Meningkatkan kolesterol
  • Tingkatkan risiko gout
  • Terlebih zat besi dari biasa

Kesimpulannya, makan secara berpada-pada agar tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Betul Rebus Telur Burung Puyuh, Kalau Terlajak Waktu Jadi Tak Sedap!

Sumber: Facebook Afy Al Habibi, Healthline & WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×