Sihat

1001 Khasiat Makan Cincau Hijau, Bukan Hanya Untuk Penyegar Minuman Sahaja!

2
SHARES
MANFAAT CINCAU HIJAU

Cincau tidak hanya sekadar penyegar dalam minuman, tetapi juga mengandugi 1001 khasiat yang luar biasa untuk kesihatan. Antara manfaat cincau hijau adalah kandungan anti oksidan yang tinggi membantu melawan radikal bebas.

Ikuti penjelasan lanjut mengenai manfaat cincau hijau di bawah. Lebih menarik lagi, boleh buat sendiri jeli cincau di rumah. Wah!

Baca juga: Miliki Badan Kurus & BMI Bawah 18.5 Boleh Undang Bahaya, Ini Cara Nak Tambah Berat

TAK SANGKA BANYAK RUPANYA MANFAAT CINCAU HIJAU

 MANFAAT CINCAU HIJAU

1. Merawat demam dan sakit tekak

Manfaat cincau hijau yang pertama adalah mampu merawat demam dan sakit tekak. Hal ini kerana cincau mempunyai fungsi di mana ia boleh memberi keselesaan kepada tekak.

Kaya dengan serat, mineral dan anti oksidan di dalam cincau, ternyata boleh menguatkan imunisasi badan daripada sebarang penyakit termasuk demam.

2. Cegah masalah tulang rapuh

Tulang rapuh atau osteoporosis adalah keadaan di mana kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang mudah rapuh dan mudah patah.

Jadi, sebatian kalsium fosfat yang ada di dalam cincau hijau, ia dapat menguatkan, menyuburkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

3.  Melegakan gastrik

Kandungan anti oksidan dan vitamin C dalam cincau hijau boleh melegakan dan mengurangkan masalah gastrik.

4. Kurangkan risiko diabetes

Manfaat cincau hijau yang seterusnya adalah mampu mengurangkan risiko diabetes. Ini kerana cincau hijau mampu melindungi sel beta yang bertanggungjawab menghasilkan insulin dalam pankreas.

5. Melancarkan sistem penghadaman

Cincau hijau mengandungi serat dan air yang mampu menyokong sistem pencernaan. Kedua-dua itu boleh menyokong fungsi usus agar lebih sihat.

Ia juga berfungsi untuk melembutkan tekstur najis dan memperbaiki pergerakan usus. Ini bermakna, pengambilan cincau hijau boleh memudahkan proses membuang air besar.

6. Bersifat anti oksidan

Kajian mendapati bahawa cincau hijau mengandungi metabolit sekunder seperti terpenoid, flavonoid, tanin, dan fenolik, yang mampu bertindak sebagai anti oksidan semula jadi dalam badan.

Anti oksidan ini memerangi radikal bebas, yang diketahui penyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan penyakit jantung.

7. Mengawal tekanan darah

Sebatian bioaktif dalam cincau hijau boleh membantu mengurangkan hipertensi dan mengawal tekanan darah.

8. Cegah malaria

Malaria adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh parasit daripada genus Plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk. Dengan mengambil air masak dari akar cincau, sebatian alkaloid di dalamnya dapat mencegah gejala malaria.

CARA BUAT CINCAU HIJAU HOMEMADE

Sekiranya anda ingin mencuba membuat cincau hijau sendiri rumah, ini caranya.

Bahan-bahan:

  • 15-20 helai daun cincau hijau
  • 1-2 liter air masak

Cara penyediaan:

1. Cuci daun cincau sehingga bersih. Kemudian, kisar bersama air dan tapis.

2. Masukkan air cincau hijau ke dalam bekas dan simpan di dalan peti ais sehingga bertukar tekstur seperti jeli.

Sedia untuk dihidangkan dan boleh dipadankan dengan air kesukaan anda.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: 7 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh, Salah Satunya Elak Terkena Penyakit!

Sumber: New Femme & Halo Doc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×