Sihat

Minum Air Asam Jawa Boleh Bantu Masalah Sukar Bernafas, Ramai Yang Belum Tahu!

7
SHARES
KHASIAT AIR ASAM JAWA

Air asam jawa bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga bagus untuk kesihatan diri. Banyak khasiat air asam jawa antaranya adalah seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

Menerusi posting tersebut, antara khasiat air asam jawa adalah boleh membantu masalah sukar bernafas. Ikuti penjelasan lengkap di bawah.

Baca juga: Awas! 10 Jenis Gatal Ini Jangan Sesekali Digaru, Nanti Boleh Jadi Makin Teruk

KHASIAT AIR ASAM JAWA UNTUK BANTU MASALAH PERNAFASAN

KHASIAT AIR ASAM JAWA

Anda anda susah nafas? Minumlah air asam jawa kerana ia boleh membantu mengurangan halangan saluran pernafasan dalam kalangan perokok aktif.

Kajian telah dilakukan ke atas perokok aktif yang dibekalkan dengan air asam jawa selama 7 hari berturut-turut. Seramai 40 perokok dewasa lelaki dan 40 lelaki bukan perokok terlibat dengan kajian tersebut.

Sebelum mereka mendapatkan rawatan, peratus isi padu udara pernafasan dalam kumpulan perokok adalah lebih rendah berbanding kumpulan tidak merokok (56% berbanding 78% bagi orang sihat ).

Selepas 7 hari mengambil air asam jawa, peratus isi padu udara dalam kumpulan perokok jadi lebih tinggi iaitu sebanyak 73% berbanding sebelum ini.

Jadi, sekiranya anda menghadapi masalah pernafasan, disarankan untuk minum air asam jawa. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami gastrik, tidak disarankan untuk minum air asam jawa.

Segera dapatkan rawatan doktor jika mengalami masalah sukar bernafas yang teruk.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cuba Check Muka Ada Tak 9 Tanda Ini, Jika Ada Mungkin Anda Alami Masalah Kesihatan!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×