Sihat

Awas! 10 Jenis Gatal Ini Jangan Sesekali Digaru, Nanti Boleh Jadi Makin Teruk

24
SHARES
JENIS-JENIS KULIT GATAL

Tahukah anda, terdapat beberapa jenis-jenis kulit gatal yang tidak boleh digaru? Hal ini kerana semakin anda garu, ia boleh menyebabkan keradangan kulit.

Jadi, 10 jenis kulit gatal di bawah yang dikongsi oleh penulis diharapkan dapat memberi manfaat pada masa akan datang. Hati-hati bila menggaru!

Baca juga: Cuba Check Muka Ada Tak 9 Tanda Ini, Jika Ada Mungkin Anda Alami Masalah Kesihatan!

JENIS-JENIS KULIT GATAL YANG TAK BOLEH DIGARU, BAHAYA

JENIS-JENIS KULIT GATAL

1. Buasir

Urat yang terletak di bawah permukaan membran mukus rektum dan dubur boleh membengkak dan ia akan menyebabkan kegatalan.

2. Kaki atlet

Jari dan tapak kaki atlet boleh menjadi kemerahan serta kegatalan akibat persekitaran. Contonya, bilik mandi lembap, ruang persalinan yang tidak bersih dan lain-lain. Secara tidak langsung, kuman boleh merebak di bahagian lain seperti tangan dan badan.

3. Kelemumur

Kelemumur merujuk kepada keadaan yang disebabkan oleh kulat yang dipanggil malassezia. Ia hidup di kulit kepala semua orang, tetapi bagi mereka yang terdedah kepada kelemumur, malassezia menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang berlebihan.

Menggaru boleh menyebabkan kulit kepala rosak dan semakin teruk.

4. Dermatitis

Dermatitis merupakan subkategori ekzema di mana keadaan gatal ini meletus sama ada daripada perengsa atau alergi. Keadaan Menggaru hanya boleh memburukkan keradangan, yang berpotensi membawa kepada jangkitan.

5. Psoriasis

Psoriasis membuatkan badan menghasilkan sel kulit dengan cepat dan menyebabkan sel kulit mati terkumpul di permukaan. Menggaru hanya akan merosakkan epidermis dan memburukkan lagi keadaan. Untuk mengatasinya, pelembap boleh membantu, tetapi doktor boleh menetapkan terapi khas termasuk ubat preskripsi.

6. Ekzema

Ekzema menggambarkan kulit kering, kasar dan meradang. Apabila terdedah kepada pencetus, kulit akan menjadi sangat gatal. Menggaru hanya memburukkan masalah kerana ia boleh meninggalkan parut.

Jalan penyelesaiannya adalah sapui krim hypoallergenic untuk membantu melegakan kegatalan.

7. Sunburn

Terbakar matahari, selain sangat menyakitkan ia juga boleh berasa sangat gatal. Tindak balas keradangan badan dicetuskan, menyebabkan sensasi gatal-gatal sengit.

8. Luka yang hampir sembuh

Apabila luka hampir sembuh, kulit yang terjejas boleh berasa sangat gatal akibat tindak balas keradangan. Menggaru memperlahankan proses penyembuhan dan berpotensi menyebabkan jangkitan. Gunakan krim topikal untuk melegakan sensasi gatal-gatal.

9. Gigitan & sengatan serangga

Apabila serangga menggigit, sistem imun mengeluarkan histamin yang menyebabkan kegatalan. Menggaru hanya memburukkan lagi keradangan dan membuka peluang untuk jangkitan.

Mampatkan ais pada kawasan yang terjejas dan gunakan krim antiprurit yang terdapat di farmasi untuk merawat masalah ini.

10. Kulit kering

Kulit kering adalah pencetus biasa untuk gatal-gatal kerana lapisan pelindungnya, stratum korneum, menjadi kering.

Jadi, kalau anda alami 10 jenis gatal di atas, pastikan jangan garu terlalu kuat kerana boleh menyebabkan keadaan semakin serius.

Baca juga: Cara Legakan Batuk Berpanjangan Guna Air Kembang Semangkuk, Macam Ini Caranya

Sumber: The Healthy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×