Ibu-ibu tengah mencari resepi jelly ball viral? Mudah sahaja cara membuatnya dan tidak memerlukan bahan yang begitu banyak. Buat sendiri di rumah lebih jimat dan sudah tentunya sedap.
Buah-buahan yang digunakan boleh dipilih mengikut kesukaan anak. Lebih menarik lagi, boleh cucuk di lidi untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cubalah!
Baca juga: 7 Senarai Makanan Tak Boleh Masak Guna Air Fryer, Jangan Main Guna Je!
RESEPI JELLY BALL VIRAL COMEL-COMEL, SEDAPNYA
Hari ini saya nak share resepi jelly ball.
Bahan-bahan:
- 1 bungkus jelly konnyaku(10gm)
- Serbuk agar-agar (3gm)
- Gula 300gm
- Air 1300ml
- Perisa
- Buah-buahan
- Mould ice ball
Cara penyediaan:
1. Dalam periuk masukkan air, serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula.
2. Masak sehingga mendidih dan larut semuanya.
3. Buang buih-buih dipermukaan. Matikan api biarkan ia sejuk sedikit.
4. Dalam mould ice ball, isikan hirisan buah naga dan anggur. Boleh sahaja nak tambah buah-buahan lain ye ikut kegemaran masing-masing.
5. Isikan adunan agar-agar sehingga menutupi paras mould ice ball tersebut. Tutup rapat dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian keluarkan apabila agar-agar (fruit jelly balls) sudah keras dan bulat.
7. Cucuk fruit jelly balls pada stick. Sedia untuk dinikmati.
Comel kan? Anak-anak mesti suka!
Selamat mencuba.
Baca juga: Resepi Kek Batik Simple Kekal Rangup & Tak Lemau, Cukup Rasa Manis Berlemak. Sedapnya!
Sumber: Facebook Zaimah Zakaria