Dapur

Resepi Kek Carrot Kukus Guna Sukatan Cawan, Buat Comel-Comel Macam Ni Lagi Senang!

48
SHARES
RESEPI KEK CARROT

Kek carrot antara kek paling mudah untuk dibuat dan sudah tentunya sedap. Sekiranya anda mencari resepi kek carrot versi kukus, di bawah ini penulis ada kongsikan.

Lebih menarik lagi sekiranya buat comel-comel seperti saiz di bawah. Anak-anak nak makan pun senang dan pasti tidak akan membazir.

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Ala Kampung, Penuh Inti & Kulit Rangup Tak Serap Minyak!

RESEPI KEK CARROT KUKUS, BUAT COMEL-COMEL MACAM NI

RESEPI KEK CARROT

Mudah sahaja. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 2 bji telor
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan tepung gandung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan carrot diparut halus
  • 1/8 badam halus

Cara penyediaan:

1. Kisar 2 biji telur, gula dan minyak jagung sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan badam halus. Kisar sehingga semua bahan sebati.

3. Setersunya, masukkan carrot yang sudah diparut halus dan sebatikan.

4. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk mengelakkan air menitis atas kek.

5. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam acuan cupcake atau apa-apa jenis acuan yang bersesuaian. Kukus selama 30 minit sehingga 45 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Lebih mudah sekiranya menggunakan acuan kecil dan comel. Pasti anak-anak teruja dan tertarik.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Nona Manis Sagu Lemak Berkrim, Lembut Dan Elok Kejadiannya!

Sumber: Facebook 1001 Aneka Resepi Kek & Rudyana Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×